Seperti yang sedia maklum, hari ni merupakan hari permulaan bagi rakyat Malaysia untuk menuntut rebat yang telah dijanjikan kerajaan semasa mengumumkan program subsidi minyak yang baru pada minggu lepas. For me, it’s still long way since I had my road-tax renewed early March.
But my advise for you… do not go today since this ‘claim’ thing still valid through-out the year and this to avoid unnecessarily jammed at Post Office.
So, happy ‘mengelaim’ (term yg selalu guna kat opis)
—————————————————————————————-
Pos Malaysia Jelas Prosedur Tuntut Rebat
12/06/2008 7:05pm
Penuntut juga perlu mengisi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan pada borang yang hanya terdapat di pejabat pos. Mereka yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, perlu mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan.
Bagi tempoh Fasa 1, pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.Prosedur berkenaan dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad Datuk Abu Huraira Abu Yazid kepada pemberita sebelum fasa pertama tuntutan rebat itu dari Sabtu ini hingga 31 Mac, 2009.
Katanya selepas mengisi borang itu, kakitangan Pos Malaysia akan mengesahkannya dengan sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)untuk menentukan kelayakan rebat tunai itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan baru-baru ini pemilik kereta sehingga 2,000cc, serta pikap, trak dan jip sehingga 2,500cc, akan mendapat rebat RM625 bagi setiap kenderaan manakala motosikal 250cc akan menerima RM150, sebagai meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter.
Abu Huraira berkata bagi tempoh Fasa 1, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini juga boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.
Bagi Fasa Kedua, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac, 2009, boleh membuat tuntutan bagi rebat tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai, katanya.
Beliau berkata untuk pelaksanaan Fasa I, Pos Malaysia menjangkakan sebanyak 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian akan mendapat rebat tunai.
Katanya, bagi melicinkan proses itu lebih 2,000 petugas telah ditugaskan di semua kaunter pejabat pos di seluruh negara, serta menempatkan pegawai eksekutif di setiap pejabat pos bagi membantu menangani masalah yang mungkin di hadapi oleh pelanggan.
“Kita jangkakan, kerja memproses rebat di kaunter mengambil masa tidak melebihi tiga minit bagi setiap urusan,” katanya.
Beliau berkata semua pejabat akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan Jumaat merupakan cuti hujung minggu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dan juga pada cuti umum.
Abu Huraira berkata semua langkah perlu telah diambil bagi memastikan pelaksanaan pembayaran rebat tunai berjalan dengan lancar dan menjamin pemilik kenderaan yang layak mendapat bayaran dengan segera.
Beliau menasihatkan pemilik kenderaan supaya tidak menyerbu pejabat pos pada Sabtu ini kerana mempunyai masa sehingga 31 Mac tahun depan untuk membuat tuntutan rebat tunai itu.
Abu Huraira berkata selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebat tunai menerusi kiriman wang bagi meringankan beban pengguna untuk menunggu lama di kaunter bayaran.
Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, katanya pengguna juga perlu melakukan prosedur yang sama tetapi dikehendaki menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon pada borang untuk dihubungi sebelum memasukkan borang mereka ke dalam tong atau kotak yang disediakan di pejabat pos.
“Maksimum tempoh masa penerimaan bayaran melalui kiriman wang pos adalah tujuh hari. Borang yang dimasukkan dalam kotak itu akan diproses pada hari yang sama.
“Pemilik kenderaan boleh menunaikan kiriman wang di pejabat pos yang berhampiran atau masukkan ke dalam akaun bank persendirian,” katanya.
— BERNAMA
Follow me on Twitter
Bebelan….