Harian Metro melaporkan satu kejadian luar biasa di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu. Terdapat sepohon pokok yang di panggil pokok pait telah mengeluarkan cecair seperti ‘air mata’ sejak hampir semingu yang lalu sehingga penduduk kampong berebut-rebut mengambil air daripada pokok berkenaan.
Pokok Pait yang berada di dalam kawasan bersebelahan dengan tanah perkuburan Masjid Bukit Besar itu disedari mengeluarkan air pada hari Sabtu yang lalu mengundang kehadiran orang ramai untuk melihat sendiri kejadian yang dianggap aneh itu.
Walaupun kejadian ini melontarkan pelbagai pertanyaan dan macam-macam anggapan, setiap Muslim mestilah mengambilnya sebagai bukti keagungan Allah Pencipta Alam dan jangan menjadikannya/mempercayai berlebihan sehingga memesong akidah kerana perbuatan yang demikian adalah Syirik yang kita ketahui merupakan salah satu dosa yang besar.
Seperti Firman Allah swt ““Dan sembahlah olehmu akan Allah, janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa, karib kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan jauh, teman sejawat, ibnus sabil dan hamba sahayamu.” (An-Nisa’: 36)
Buat Majlis Agama Islam Negeri Terengganu , perhatian anda di perlukan dalam isu ini bagi mengelakkan sebarang kejadian Khurafat.

Follow me on Twitter
Bebelan….