Jun 232008
 
  • Sharebar

Is there anyone couldn’t sleep last night?……  there’s must be something in his/her mind

ATAU Ini mungkin adalah gara-gara  SAPP tetap berkeras akan membuat usul tak percaya kepada PM pada hari ini.

Minggu lepas, Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadapnya. SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun. Mereka mengesahkan akan bertindak mengikut arahan parti.

Walaupun Datuk Seri Nazri Aziz memberi jaminan tiada usul tidak percaya terhadap Abdullah pada persidangan yang bermula esok, namun ia tetap ditunggu dengan penuh debaran.

Undi tidak percaya paling akhir dalam sejarah malaysia berlaku di Kelantan di mana undi tidak percaya telah membawa kepada kejatuhan Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar sehingga kerajaan Barisan Nasional berkuasa setahun kemudian.

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 (2008) Dewan Rakyat bersidang mulai hari ini sehingga 15 Julai depan, manakala Dewan Negara pula 15 Julai hingga 24 Julai 2008.

Wallahua’lam

 

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>