Syabas kepada Negeri Kelantan dengan memperkenalkan enakmen ini.

Satu langkah yang paling bijak untuk dilakukan bagi membendung gejala sosial yang semakin meningkat di negara kita. Sebenarnya antara sedar atau tidak,  lebih banyak rakyat kita yang masih sibuk dengan aktiviti harian walaupun pada waktu solat Jumaat ataupun pada waktu solat-solat yang lain.

Selain daripada itu juga, pihak kerajaan juga perlu membuat waktu yang khusus terutamanya peniagaan pasar malam. Ini adalah bagi mengelakkan ianya akan lebih dikenali sebagai ‘Pasar Maghrib’  dan bukan pasar malam di mana pengunjungnya akan lebih ramai pada waktu maghrib. Senario yang tidak sihat ini juga akan mengakibatkan ada masyarakat kita akan meninggalkan solat maghrib ataupun melengah-lengahkannya.

Walaupun ada peniaga-peniaga pasar malam di Kelantan akan menghentikan perniagaan ketika masuknya waktu solat, pengunjungnya tidak sebegitu. Ini jelas dan dapat dilihat di mana-mana yang mana para pengunjung akan berduyung-duyung ke pasar malam ketika tibanya waktu Maghrib. Apa yang terbaik adalah setiap Pasar Malam hanya bermula pada jam 5 petang sehingga 7 petang dan hanya akan disambung pada jam 8.00 malam.

Selain daripada itu juga, penguatkuasaan juga penting. Apa gunanya yang terbaik hanya ‘on-paper’ dan tidak pelaksanaannya.

Wallahua’lam

Sila klik sini untuk berita penuh (Sumber : Harakah)

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha