• Sharebar

Kes ini semakin hari semakin menarik ( bagi sesiapa yang gilakan kontroversi) dan nampaknya semakin tidak berperhujung. Walaupun sehari dua ini banyak digemburkan yang ramai wartawan atau pun bloggers tidakada mood lagi untuk menceritakan hal-hal politik negara, berita sensasi seperti cabaran untuk bermubahalah daripada Saiful Bukhari kepada DS Anwar ini tidak rugi untuk diceritakan.

Seperti yang telah diungkapkan dalam Friendster profile Saiful Bukhari, beliau telah meletakkan banner berikut :

Wahai Anwar MUNAFIK!! Aku cabar kau BERMUBAHALAH!!Tetap kan tempat dan waktu! Aku AKAN datang!!Yang HAK Pasti Berdiri.Yang BATIL Pasti Jatuh!!Aku tidak GENTAR.. ALLAHHUAKBAR!!!

Begitu juga Tunang Saiful yang telah meletakkan link ke Friendster tersebut dalam blognya seperti memberi gambaran yang mereka juga tidak akan berdiam diri dalam kes ini. Bagi pihak DS Anwar juga tidak kurang hebatnya dengan pengakuan adanya ‘alibi’ dan kesediaanya untuk bermubahalah dalam kes l*w*t ini.

Sebagai pemerhati. perkembangan ini banyak baik dan buruknya tetapi apa yang pasti, kanak-kanak dan remaja  kita semakin terserap dalam otak mereka perkataan yang kita anggap kotor iaitu l*w*t ini. Apa yang paling ditakuti, mereka ini ‘eager’ untuk mencubanya. (Nauzubillah) ..

Jadi pepatah melayu iaitu antara Mentimun dan Durian tidak lagi sesuai, kerana yang pasti semua yang terlibat atau mengikut kes ini bolehlah diibaratkan sebagai mentimun semuanya.. samada digelek atau menggolek… kita semua yang ‘kena’ (tipu/fitnah/lagho dan lain-lain sifat2 negatif) seperti kata Allahyarham Ibrahim Pendek dalam cerita ” Ali Baba Bujang lapok ie. dengan Pencuri ” karya Allahyarham P Ramlee.

———————————————————————-

Update  : ‘Saiful’ telah menulis satu email kepada TV3. Berikut adalah details e-mail tersebut. Sila klik Sini atau baca je kat bawah ni ;

———- Forwarded message ———-
From: Saiful Bukhari
Date: 2008/7/8
Subject: Bermuhabalah
To: news@tv3.com.my

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,

Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.

Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini.

Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.

Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan.

“Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh”, Allahhuakbar.

Sekian,

Saiful Bukhari.

p/s: Kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha