Kudos to MP of Tumpat, Datuk Kamaruddin Bin Jaffar for his efforts to develop a sort of residential complex in islands at Tumpat. However, there are other few items need to be tackled-up by him and Deputy MB, Datuk Ustaz Mad for all the islanders there.
The issue of hygenic water supply, land erosion especially during monsoon season, a better jetty, reacreational area (no padang (except at SKPB) or hall to do recreational activities) and many more requires further action by Yang Berhormat. This long issue still pending since I was just 10 years old kid.
Anyway, please keep up the good works and hopefully they (MP and ADUN) always be ‘Yang Beringat’ who keep remembering that they will be asked by Allah one day on what they’ve done with the authority and ‘amanah’ and they surely cannot run away on their responsibilities like our friend Mr Bala ( Private Investigator).
————————————————–
Taman perumahan pertama di kawasan berpulau di Kelantan |
| Lanjusoh Sun | Jul 20, 08 | 5:06:43 pm MYT |
|
|
TUMPAT, 20 Julai (Hrkh) – Sekali sekala terpias air dari Sungai Kelantan ketika bot dinaiki bergerak laju. Enjin empat bot sangkut berderum ketika menghilir Sungai Kelantan. Lokasi yang dituju beberapa penempatan, lebih dikenali sebagai pulau di mana kedudukannya terletak tidak jauh dari kuala Sungai Kelantan. Bermula di jeti Pengkalan Kok Majid rombongan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar bertolak jam 9 pagi ke beberapa penempatan di sepanjang sungai tersebut. Ikut serta Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Ustaz Ropein Hassan dan Timbalan Ketua Muslimat Tumpat, Arniwati Sabirin bersama anggota jawatankuasa mereka. Selain itu, Setiausaha PAS Tumpat, Jamaluddin Ishak dan Ketua Penerangan, Mohd Nawi Adam. Sebuah daripada empat bot sarat dengan hamper dan barangan sumbangan untuk penduduk. Ikut serta Penghulu Teluk Renjuna, Mat Rani Abdul Hamid dan Penghulu Pulau Seratus, Che Dir Che Hamid. Lokasi pertama di Pulau Beluru di mana rombongan bersarapan pagi di sebuah kedai milik penduduk. Ketibaan mereka disambut penduduk tempatan. Kemudian lokasi kedua melawat tapak pemindahan mangsa-mangsa banjir di Teluk Renjuna di mana kerja-kerja menimbun pasir sedang dijalankan. Mat Rani berkata, kawasan seluas hampir dua ekar ditambun dengan pasir yang disedut dari Sungai Kelantan. Sebanyak 14 buah rumah akan dibina di tapak tersebut untuk diagih kepada mangsa-mangsa banjir. Setiap rumah dianggarkan bernilai RM30,000 yang disumbang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik),� katanya. Kamaruddin berkata, pembangunan kawasan itu seperti sebuah taman perumahan yang akan dilengkapi dengan dewan serbaguna bagi kemudahan penduduk. Menurutnya pembinaan kediaman jenis banglow di penempatan tersebut merupakan projek yang pertama di kawasan pulau di Kelantan. Katanya apabila siap sepenuhnya projek itu ia menjadi taman perumahan pertama di Kelantan yang dibina di kawasan pulau. Projek tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Maik dan kerajaan negeri akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di pulau Teluk Renjuna. Malah ia boleh dimajukan dengan sektor pelancongan yang boleh memberi pendapatan sampingan kepada penduduk tempatan,ujarnya. Pada lawatan sehari tersebut Kamaruddin yang juga Setiausaha Agung PAS mengagihkan sumbangan kepada penduduk di Pulau Beluru, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Seratus, Pulau Tokang dan Teluk Renjuna. |
Follow me on Twitter
Bebelan….