Setelah dicabar tempoh hari oleh Mohd Saiful Bukhari, bapanya pula iaitu Azlan Mohd Lazim juga mengambil langkah yang serupa dengan mencabar DSAI untu mengambil sikap berani kerana benar dan memberikan kerjasama kepada pihak Polis dalam kes liwat yang telah mengambilalih tajuk berita utama sejak bulan lepas.
Nampaknya benda ni semakin merapu dan tahukah ayahanda nya Saiful yang Anwar telah membuat satu report balas ke atas anaknya dan DSAI juga memberikan kerjasama yang sepatutnya kepada pihak polis yang menyebabkan DSAI terpaksa bermalam semalam di dalam lokap polis. Apa lagi yang di-hendaknya, DNA ; bukankah DNA DSAI telah ada dalam simpanan pihak kerajaan
Apa yang dimahukannya? .. sungguh bercelaru dan yang tewas dan tertipu ialah orang yang sama iaitu RAKYAT MALAYSIA amnya . semuanya tertipu.
——————————————————————————–
Bapa Mohd Saiful minta Anwar tidak berdolak dalik
KUALA LUMPUR: Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari hari ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil sikap “berani kerana benar” sepertimana yang diamalkan oleh anaknya itu apabila membuat laporan polis bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meliwatnya.
Katanya Anwar sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk membuat siasatan dakwaan liwat itu dan bukannya memberikan pelbagai alasan dan berdolak-dalik.
“Anak saya mengambil sikap berani kerana benar dan beliau tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis,” katanya dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh peguam Mohd Saiful, Zamri Idrus di sini hari ini.
Mengakui sedih dengan apa yang berlaku terhadap Mohd Saiful, 23, Azlan berkata anaknya itu berkali-kali memaklumkan kepada beliau sekeluarga bahawa tindakannya membuat laporan polis itu semata-mata kerana kebenaran.
Sumber : Harian Metro
Follow me on Twitter
Bebelan….