Nampaknya isu liwat ini menjadi semakin dramatik dengan pelbagai isu baru yang tak akan habis diulas dan dibuat pelaris surat khabar.
Ini kerana satu kejutan telah berlaku hari ini 28/7/2008 di mana Malaysiakini telah melaporkan tiada bukti Saiful Bukhari diliwat. Ini adalah berdasarkan laporan yang dicatatkan oleh Doktor yang merawatnya empat jam sebelum Saiful membuat laporan polis.
Laman berita Malaysiakini juga dalam laporannya hari ini mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh seorang doktor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa.
Laporan hospital Pusrawi itu yang dikatakan telah tersebar luas memetik laporan seorang doktor, Mohd Osman Abdul Hamid yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful yang dikatakan telah pergi ke hospital itu terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Jadi apa pula helah atau counter-attack pihak kerajaan untuk isu ini? kita tunggu episod seterusnya dalam Siri Liwat-Meliwat The Movie.
————————————————–
Ya Allah… tunjukkan lah hambamu ini dan mereka Jalan yang Lurus dan Jalan yang Engkau Redhai, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim… Huraikankan lah persoalan isu ini agar kami semua tidak selamanya tenggelam dalam isu fitnah memfitnah ini… Amiinnn…….
Follow me on Twitter
Dari awal memang dah tau dakwaan ini palsu dan tidak wujud. Macam org kata “The truth cannot be lied, and the lies cannot be truth” Tunggu apa penjelasan Si bodoh tu semua!