• Sharebar

For you out there who desired to be ‘indie film-maker’, please do not install your ‘master film’ copy in your mobile devices or this case will happened again.. BUT FOR A BETTER GOOD… don’t do it at all. There is nothing to be proud …..

——————————————————————–

MELAKA: Tindakan seorang juruwang wanita sebuah pasar raya besar, dekat sini, merakam gambar aksi ghairah bersama teman lelakinya menggunakan telefon bimbit kononnya untuk koleksi peribadi kini tersebar luas di kalangan pengguna telefon bimbit yang memberi judul ‘Cashier No 16’.

Klip video berkenaan dikatakan mula tersebar sejak dua minggu lalu sehingga ada yang menjadikannya sebagai koleksi dalam telefon bimbit masing-masing termasuk di kalangan remaja dan pelajar.

Video selama kira-kira tiga minit 10 saat itu terbongkar apabila seorang bapa secara tidak sengaja memeriksa telefon bimbit milik anak remajanya terlihat klip berkenaan, beberapa hari lalu.

Menurut bapa yang enggan namanya disiarkan, dia terkejut melihat klip video itu dan bertanyakan anaknya dari mana dia mendapat rakaman berkenaan.

Kata bapa itu, anaknya memaklumkan rakaman klip video itu kini sudah tersebar di kalangan remaja dan pelajar sekolah lain

“Saya mengarahkan anak saya membuang rakaman berkenaan dan merampas telefon bimbit itu,” katanya.

Dalam rakaman itu menunjukkan seorang wanita sedang melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya dan rakaman berkenaan dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.

Rakaman berjudul ‘Cashier No 16’ sempena wanita terbabit bekerja sebagai sebagai juruwang di sebuah pasar raya besar di bandar ini.

Berdasarkan pengalaman lalu, ada kemungkinan wanita atau teman lelakinya sengaja merakam perbuatan intim mereka sebagai koleksi peribadi secara tidak sengaja membaiki telefon bimbitnya atau kandungan dalam telefonnya dilihat seseorang yang kemudian memuat turun rakaman itu ke dalam telefon mereka.

Kecanggihan telefon kini membolehkan rakaman itu dimuat turun kurang dari seminit.

 http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20080814090836/Article/index_html

 

Share

  One Response to “Cashier No 16”

  1. bt lah cerita lg menarik supaya dapat menambahkan lagi keghairahan apabila seseorang membacanya.

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha