“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Apabila kita bercakap berkenaan Kemerdekaan, golongan berumur sering menyalahkan golongan muda yang katanya tidak tahu menilai erti susah atau jerih pekik golongan veteran yang banyak berjasa bagi membolehkan kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Golongan muda pula memberikan hujah yang golongan tua/berumur tidak memberikan kebebasan sepenuhnya atau tidak sedia untuk menerima suatu yang baru bagi menyahut era baru yang serba pantas dan mencabar ini.
Kurangnya kompromi antara mereka ini mengakibatkan jurang semakin jauh dan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini hanyalah dengan tiadanya Union Jack berkibar di sini, penjajah telah pulang ke negara asal mereka (secara fizikal) dan kita dapat mentadbirkan negara kita sendiri. TETAPI, Jika di lihat daripada sudut lain, kemerdekaan itukah yang kita cari selama ini.
Apakah kemerdekaan telah wujud dalam pemikiran kita?, bersihkan permainan politik di Malaysia kita ini?, merdekakah media massa kita samada media cetak atau media elektronik, adakah pembangunan yang wujud ini tanpa unsur nepotisme atau kronism, kadar rasuah yang tinggi, inflasi yang menggerunkan, harga barangan yang menindas golongan bawahan dan bermacam-macam lagi isu.
Sedarkah kita yang isu-isu politik lebih utama daripada isu-isu lain (kawan saya hanya melihat berita dalam TV hanya bermula jam 8.20 kerana berita politik atau yang telah dipolitikkan bermula jam 8 malam sehingga 8.20 malam). Berita seperti FDI, bantuan kemasyarakatan dan pembangunan untuk rakyat hanyalah sebagai di pinggiran dan mengisi slot 1/5 daripada kandungan berita (atau tak ada langsung).
Sebenarnya KPI(key performance indicator) untuk sesebuah kerajaan boleh diukur dengan senang dengan hanya melihat bahan media massa kita.. Contohnya: Adakah kerajaan telah banyak membantu rakyat sehingga TV3 dapat menerbitkan rancangan BERSAMAMU yang memaparkan banyak kisah-kisah duka rakyat Malaysia yang kehidupan mereka amat susah. Pernahkah kita terfikir yang ada penduduk di Sabah (kalau tak silap ) yang makan siput babi kerana kemiskinan mereka. MasyaAllah, ke manakah pihak Jabatan Kemasyarakatan, Pihak Zakat, NGOs sehingga berita yang kita anggap mustahil boleh timbul di Malaysia.
ADAKAH SEMUA YANG TERTULIS DI ATAS membolehkan kita menganggap KITA SUDAH MERDEKA?. Tepuk dada dan tanyalah hati masing-masing.
MERDEKA!… KEMERDEKAAN SEJATI…. TOTAL KEMERDEKAAN melalui “MERDEKA DARI PENINDASAN DAN KEZALIMAN”
Itulah slogan yang PKR laungkan dan itulah semangat yang akan PKR pegang sepertimana Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama pimpinan parti telah melancarkan tema kempen di Permatang Pauh: “Merdeka dari Penindasan dan Kezaliman”. Tema ini dipilih bagi kita sama-sama merenung sejenak makna kemerdekaan agar ianya benar-benar memerdekakan rakyat dan negara ini dari minda terpasung dan ketidakmatangan yang ditempa sendiri.
OLEH ITU, ayuh rakyat PERMATANG PAUH,… keluarlah pada 26 Ogos ini, leraikan erti kemerdekaan yang kusut di atas kertas undi masing-masih. Pilihlah yang terbaik. PILIHLAH PAKATAN RAKYAT.
Klik Sini untuk berita lanjut