• Sharebar

Sama ada anda masih ingat atau tidak, pada malam pengistiharan kemenangan PKR pada Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dahulu, laungan yang dimainkan ahli UMNO pada malam itu ialah “Jumpa Lagi di Kulim”.

Nampaknya kehendak itu hanyalah impian kerana Mahkamah Tinggi Alor Setar, di sini, hari ini meluluskan permohonan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk tidak meneruskan petisyen mencabar kemenangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi bersetuju untuk tidak meneruskan perbicaraan setelah pihak pempetisyen yang diwakili oleh peguam, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menarik balik petisyen berkenaan.

Datuk Abdul Aziz berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira faktor ketidakstabilan ekonomi dunia dan kenaikan harga barang akibat harga minyak yang tidak menentu, rakyat yang semakin terhimpit dan pelbagai beban lain yang perlu diberi perhatian. Calon PKR, Zulkifli Nordin menewaskan Abdul Aziz pada pilihan raya lalu dengan majoriti 5,583 setelah memperolehi 22,255 undi.

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha