Yes, another ‘low’ story since this shopping complexs should be a blessing to the local here. MESRA MALL OTHER RETAILS OUTLETs operating like they haven’t got any problem BUT Giant still raising ‘ AKAN DIBUKA’ signages.

I dunno whether this is true or not but at the end, the workers (local or non local) of Giant will be suffered as I was heard some of them have been temporarily transfered to other location nearby such as Giant Kuantan and Kuala Terengganu (BUT my local friend told me some of them also been transfered to as far as Penang).

Yesterday, Malaysiakini has came out with this ceriter .. 

click : http://www.malaysiakini.com/news/92015

———————————————————————————

Operasi Giant terlewat akibat MB?
Jimadie Shah Othman | Oct 28, 08 3:43pm
kemaskini 5:28pm Operasi pasar raya besar Giant di Kerteh terganggu lebih sebulan selepas gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan menteri besar Terengganu.    

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu Malaysiakinihari ini, ia bercadang membuka premis barunya di Mesra Mall di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

“Kerana tidak dapat (September), kita cadang mahu buka pada 10 Oktober, serentak dengan pembukaan Mesra Mall, tetapi tidak dapat juga,” kata sumber. 

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, yang berusia 60 tahun, difahamkan selewat-lewatnya dibuka pada 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu “berkaitan dengan Datuk Ahmad Said”, yang juga wakil rakyat Kijal.

Menurut sumber pasar raya terkenal itu, ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Pasar raya itu sekarang, tambah sumber Giant, ia hanya menunggu lesen untuk memulakan operasinya.

Ditanya jika MPK terus enggan memberikan lesen tersebut, sumber itu berkata “tunggu sahajalah.”

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan “mutiara timur anda.”

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

Malaysiakini setakat ini gagal mendapatkan reaksi menteri besar Terengganu.

Seorang pegawai kanan Ahmad ketika dihubungi berkata “tidak mengetahui” tentang dakwaan terhadap pemimpin tersebut.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha