Nampaknya episod Pasar Raya Besar Giant dekat Mesra Mall masih berpanjangan. Hari ini MB Terengganu masih berteka-teki tentang kenapa dan bila pasar raya itu patut dibuka.  Sebagai pemerhati, saya masih tak dapat rasional kenapa isu ini tidak boleh diselesaikan dengan baik untuk kepentingan semua. Dalam Islam juga berkehendakkan begitu. DS Najib semalam mengumuman beberapa dasar fiskal yang baru bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat untuk berbelanja dan sebelum ini Shahril Samad juga menggalakkan pasar raya besar agar turut membantu rakyat meringankan beban mereka.

Malaysiakini baru melaporkan yang MB Terengganu meminta pemberita menanyakan pihak pengurusan Giant terlebih dahulu sebelum beliau membuat ulasan. Satu kenyataan yang lemah memandangkan senario sekarang yang orang putih cakap ‘ ball on his hand’. Beliau sepatutnya berterus terang kerana pada pendapat peribadi saya business is business.. kalau tuan tanah tak mahu kita, baik kita pergi berniaga di tempat lain. Jika ingin dijadikan contoh, banyak kompeni besar yang sanggup pindah kilang lari ke tempat yang lebih menguntungkan seperti yang terjadi kepada industri elektronik yang mana mereka (kompeni luar) telah banyak berpindah ke Negara China. Itulah adat berniaga..

Yang pasti apa yang terbenak di hati ialah kejadian atau peristiwa kelewatan (atau tak buka langsung) Pasar Raya Giant ini janganlah disebabkan permainan politik atau kehendak peribadi masing-masing. Kebanyakkan rakyat, pasti rata-rata ingin tahu konkrit di sebalik rasionalnya ini(kelewatan pembukaan) dan juga pasti peniaga atau pelabur luar meneliti perkembangan ini.  Reason yang lemah mungkin menjadi taruhan percaturan politik masing-masing, namun itu bukanlah ‘mileage’ yang hakiki,  kerna kat akhirat, menjawablah nanti.

Wallahu’Alam.. 

—————————————————————————–

                  Masalah Giant-MB T’ganu kekal misteri

Jimadie Shah Othman | Nov 5, 08 10:59am
kemaskini 8:56pm Menteri besar Terengganu sengaja memanjangkan teka-teki masalah kelewatan pembukaan pasar raya besar Giant di Kerteh selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.   

Datuk Ahmad Said tidak menghuraikan dengan jelas isu tersebut, malah menggesa media mendapatkan maklum balas daripada pegawai tinggi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd sebelum beliau sendiri memberikan ulasan.

Malaysiakini minggu lepas mendedahkan Giant gagal beroperasi di Mesra Mall lebih sebulan akibat gagal mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), didakwa akibat campur tangan Ahmad.

Sumber-sumber pasar raya itu dan MPK memberitahu, ia bercadang membuka premis barunya itu di Jalan Kemaman-Dungun sejak 24 September tetapi gagal mendapat lesen.

giant hypermarket and mesra mall terengganu 281008 buildingRangkaian pasar raya milik GCH Retail (Malaysia), yang berusia 60 tahun, difahamkan ingin dibuka selewat-lewatnya 15 Oktober tetapi hingga sekarang tidak jelas kenapa belum menjalankan perniagaan.

Sumber di pihak berkuasa tempatan itu berkata, masalah lesen Giant itu “berkaitan dengan Datuk Ahmad”, yang juga wakil rakyat Kijal.

Usaha Malaysiakini banyak kali sejak Selasa minggu lepas gagal mendapatkan reaksi menteri besar berkenaan.

Bercakap kepada akhbar Sinar Harian selepas pulang dari luar negara Khamis lepas, Ahmad dilaporkan bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu ketika bertemu media selepas mesyuarat mingguan exco tadi.

Dalam sidang media itu, difahamkan Ahmad menyatakan Giant “tidak boleh buka dulu, baru buat permohonan.” 

Beliau juga mengakui pernah berunding dengan pegawai tinggi pasar raya besar sebelum ini.

Sumber di Giant bagaimanapun mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan untuk menjalankan operasinya termasuk mendapat pengiktirafan keselamatan daripada jabatan bomba dan mengikuti garis panduan pengubahsuaian bangunan MPK.

Mesra Mall, yang dibangunkan oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd di atas tanah seluas 12 hektar dan diurus oleh Suria KLCC Sdn Bhd, telah dirasmikan oleh exco pembangunan luar bandar, usahawan dan koperasi Datuk Mohamed Awang Tera pada 10 Oktober lepas.

Difahamkan Giant merupakan penyewa utama kompleks membeli-belah yang diberikan jolokan “mutiara timur anda.”

Menurut pelan lantai Mesra Mall, Giant ditempatkan di penghujung kanan dan kiri bahagian depan kompleks itu.

 

A little breath (gasp..gasp…gasp) after so many targets accomplished.

Yeah.. my mid year review which was done last two weeks brought me ‘realisation’ that so many things been done lately just to catch my KPI ( Key Performance Index). This morning, i’ve just submit my last Contract Document to establish this Financial Year. So far, I had completed contract services for almost 5 contract and maybe i can still stretch myself to create another one before the end of Financial Year.

And so my project for this year ; i have kicked off two projects and soon to be awarded one more project. The ONLY one oustanding works for me to complete is a another ‘cikai’ project which i believe could be completed on time. But nevetherless so far i can foresee few ‘unplanned’ project which also really need my commitment. 

Conclusion for my MYR : 5 Contract completed vs 5 planned and 3 completed vs 4 planned for Project… (just base or meet the expectation.

Note : I also realised that my target to read at least one book / month just tinggal kenangan ( yeah i may read 10 books so far but only three were read from cover to cover ; others ….. heheee  lu fikir la sendiri…….  ( it’s quite funny when one of the book is ‘How to avoid Procratination’ … and i ‘procrastinate myself’ to finish that book)

 

I don’t now whether you’re interested or not in this but a history recorded as Barack Obama was elected as US’s first black president. Obama, the Democratic senator from Illinois sealed his victory by defeating Republican Sen. John McCain. Obama and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009. As the 44th president, Obama will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan.

The latest development in US, I hope will give Malaysia new hope for billateral talks to tackle economic slow down and to continue again bi-county trading talks which was turn sour lately (coz of ISA) and yet to be established since Rafidah Aziz as Foreign Trade Minister.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha