
Sabtu yang ceria hari ini walaupun kita masih lagi di musim monson. Sinar sang suria menampakkan dirinya walaupun sudah seminggu kelam menyebabkan kain dan baju bertimbun banyak-nya di atas sofa dan juga menyebabkan mesin pengering baju tidak berhenti siang dan malam.
Sepatutnya pagi yang indah ini diisi dengan sesi santai bersama keluarga kerana semalam janji telah dibuat dengan sang si isteri untuk pergi makan di Mesra Mall sambil memberi beberapa barang. Malangnya selepas subuh dan menulis satu entry untuk blog ini awal pagi tadi, saya tertidur dan sedar-sedar jam menunjukan jarum ke nombor sepuluh setengah.
Selepas memandikan anak-anak dan menyuruh ummi bersiap-siap, ummi teringat yang hari ini merupakan hari pernikahan Mawi dan Ekin yang disiarkan secara lansung di Saluran 106 Astro Oasis. Hasilnya… semua telah di ‘cancel’-nya. Program makan-makan telah terbatal dengan sendirinya , begitu juga program shopping-shopping.. Itulah hebatnya penangan MAWI dan EKIN.. melebihi kehendak si ummi yang asalnya ingin shopping semalam.
Walau bagaimanapun, TAHNIAH buat Mawi dan Ekin dan SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MEREKA. Semoga lebih tabah dan sama-sama mengharungi bahtera perkahwinan dengan cemerlangnya mengikut landasan Islam sehingga ke akhir hayat.
Untuk renjuna; selamat duit 2-3 ratus ringgit akibat ummi ‘cancel’ program shoppingnya.. (sebenarnya saya berjanji untuk membeli Sandal dan beberapa barang yang lain kepada ummi sebagai Hadiah Ulang-Tahun perkahwinan kami)
Follow me on Twitter
Bebelan….