Utusan dan Berita Harian melaporkan yang penduduk menafikan terdapatnya kasino beroperasi di kawasan perumahan mewah Bukit Antarabangsa. Ini adalah berdasarkan laporan yang mengatakan ada segelintir yang melihat penduduk membawa peti wang tunai dalam jumlah yang banyak semasa kejadian runtuhan tanah berlaku.
Pada pendapat Renjuna, tohmahan terdapatnya kasino merupakan satu perbuatan tidak bermoral kerana walaupun ada sekalipun, ianya bukan jaminan berlakunya tanah runtuh kerana kejadian tersebut adalah kuasa Allah yang maha Kuasa. Sebenarnya apa-apa ang berlaku telah diceritakanNya ; contohnya saya masih teringat yang pada masa belajar dahulu, pensyarah subjek Struktur (untuk Civil Eng) ada menyatakan yang BS Standard yang digunakan semasa merekabentuk atau pengiraan kekuatan sesuatu struktur bukan-lah satu jaminan kerana seorang jurutera harus berfikir lebih luas daripada itu (think outside the box).
Kerana subjek Struktur tadilah Renjuna mengetahui yang gunung dan bukit ini diciptakan oleh Allah swt sebagai Pasak Bumi, pengikat atau penahan bagi mengelakkan bumi ini tidak stabil. Pn Rodhiah, pensyarah ketika itu walaupun memberi ingatan secara lewa, ianya kekal dalam CPU otak saya mengenai Firman Allah swt iaitu:-
“(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?”
(An-Naba’:6-7)”
“Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.”
(An-Naazi’aat:32-33)
Begitulah hebatnya Ayat-ayat yang terbitnya lebih 1400 tahun dahulu yang masih relevan untuk kita jadikan iktibar atau panduan kehidupan. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang boleh kita jadikan panduan dan antaranya ialah:-
“Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.”
(Al-Anbiya’:31)
“Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” (An-Nahl:15)
“Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.”
(Luqman:10)
Itulah antara Ayat-ayat Allah yang boleh dijadikan panduan dan mungkin ada banyak lagi dan untuk itu bolehlah bertanyakan Ustaz-ustaz.
Selain daripada itu, kurangnya ‘Maintenance’ atau ‘Penyelenggaraan’ ; perkataan yang pada hemah Renjuna merupakan mungkin penyumbang utama berlakunya kemalangan harta benda ini. Terdapat penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa mengakui yang tidak terdapatnya pengairan yang sempurna di kawasan tersebut. Hong Kong yang muka buminya berbukit bukau dan bergunung ganang serta mempunyai lebih banyak bangunan pencakar langit kerana kekurangan kawasan bertanah jarang mengalami kemalangan seperti yang berlaku di Bukit Antarabangsa. Telahan pula Hong KOng berada dalam kawasan lingkaran gempa bumi/gunung berapi (lebih dekat berbanding Malaysia). Betullah seperti saya pelajari ; ‘ Maintenance Matters are the last subject to be discussed during the meeting, AND the first one shall be slashed-off if company has budget constraint.
Akhir kata; Salam Takziah kepada mangsa dan semoga peristiwa ini memberi iktibar dan pengajaran kepada kita semua.
Rujukan : Petikan Ayat Al Quran dr mendidik.blogspot
Bebelan….