“Kalau tanya saya, saya tidak boleh terima seorang yang berjawatan MB (menteri besar) ambil (wakili kawasan) parlimen… kecuali orang yang tidak berjawatan MB,” Menteri Besar Kelantan dipetik berkata di pejabatnya hari ini.
Tambah beliau lagi “Bagi saya, tidak elok kalau MB Perak (Mohammad Nizar) turut bertanding di kawasan lain, sedangkan dia mempunyai kedudukan di kawasan lama.
“Ini seperti yang dilakukan bekas presiden PAS dahulu, (allahyarham) Datuk Asri Muda, yang bertanding di dua kerusi ketika memegang jawatan menteri besar Kelantan.”
Itulah bisanya kata-kata Tuan Guru dan Mursyidul Am PAS tidak bersetuju dengan cadangan mereka yang inginkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi Pakatan Rakyat masih menganggapnya menteri besar Perak, adalah tidak sesuai timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu dicalonkan bertanding di kerusi parlimen itu, lapor Bernama.
Apa yang tersirat ialah Tuan Guru menyindir secara halus BN dan juga masih menganggap Pakatan Rakyat masih memegang tampuk pemerintahan Perak.
Nik Abdul Aziz turut memuji langkah anggota Dewan Undangan Negeri
(Adun) Bukit Selambau, V Arumugam yang meletak jawatannya itu dan juga exco kerajaan Kedah sebagai “seorang yang berprinsip”. Tuan Guru juga membicarakan yang myngkin Arumugan juga tak biasa dengan ugutan dan tekanan apabila menjadi Yang Berhormat..
Follow me on Twitter
hanya orang bodoh aje yang masih anggap nizar tu MB perak. bertandinglah, kenapa nik aziz takut nizar kalah ker?? orang tak bermoral macam v arumugan tu berprinsip ker??? kalau berprinsip tak akan buat benda-benda tak bermoral. tak payah lah nak bela si nizar dan anwar yahudi tu dan cari macam-macam alasan untuk benarkan apa yang mereka lakukan. nizar tu terang-terang derhaka pada paduka seri sultan perak, tak payah lah nak pusing cerita. orang-orang pas sebenarnya menggunakan islam untuk kepentingan diri mereka. suasana hari ni telah menunjukkan rupa sebenar pemimpin-pemimpin pas, yang paling dekat sekali nizar. dia bukan sahaja derhaka pada sultan tapi nasihat mufti perak yang lebih faham islam pun dia buat tak tahu aje. inilah sebenarnya wajah nizar dan pemimpin pas yang lain, mereka ni tamak kan harta dan kuasa, mereka bukan perjuangkan agama islam tapi pergunakan islam untuk dapat harta dan kuasa. sebenarnya mereka ni lebih teruk dari orang lain. orang-orang pas ni tidak akan ke mana kerana Allah SWT maha mengetahui dan pasti tidak akan biarkan mereka terus pergunakan agama Allah untuk kepentingan mereka.
Janganlah kamu berlagak SOMBONG seumpama kamu tahu segalanya dengan mengatakan orang BODOH. Hakikatnya kamu itu sendiri yang BODOH!!! Kamu tu dah tulis berapa banyak buku?? ada 30 buku?? Nama kamu tu orang Jepun, Indonesia, Thailand, US, Yaman dan Nigeria, pemimpin negara mereka kenal ke kamu wahai si pas pis pus??? Nizar boleh bercakap 6 bahasa dan dulu menjadi salah seorang pelajar contoh diUK. kamu belajar kat mana dulu Pas pis pus??? Kamu ada registered engineer membership kah???
weh bogen j..knape pulok ko nk bela2 org politik ni..ko ade kene mengena ngan die ke (slain dr alasan sedare seislam) yg ko asik2 backing dorg 2 knape..dh terang2 die 2 salah nape nk tegakkn lg benang yg basah. n lg 1 kalo si nizar 2 dak cedik pandai n pelajar contoh xkanla rukun perkara pn xboleh hafal n fahami…KESETIAAN KPD RAJA DAN NEGARA…