“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]

Inilah ayat yang menjadi tumpuan ketika Pilihanraya Kecil dua ‘bukit’ dan satu ‘batang’ diadakan. Ia dilafazkan oleh exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. Hasilnya…. TV3 dan media arus perdana lain memainkan isu ini dan ramai konon-kononya muslim melenting dengan tindakan YB Nga ini.

Beberapa laporan  polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut. Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A’raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul. Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A’raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

Pada pendapat saya, begitu ceteknya pemikiran mereka ini… melenting apabila ada non muslim melafaznya (Ayat Al-Quran). Saya pernah mendengar ceramah oleh Lim Jui Sooi yang merupakan seorang Muslim yang hebat dengan penguasaannya mengenai BIble sangat tinggi. Dalam hal ini, adakah Sdr Lim Jui Sooi ini Kristian hanya kerana memetik BIble dalam ceramahnya atau sengaja menghina agama-agama lain. Sudah tentu tidak.

Pada malam ketika isu ini mula dihebahkan oleh media, satu saja terpahat di hati saya, betapa malunya saya sebagai seorang muslim tidak begitu pandai dalam memetik ayat Al-Quran dalam pencaturan harian. Walaupun ketika itu, saya menduga, YB Nga hanya menghafaz (macam burung kakak tua) tetapi saya respek kepadanya. Respek kerana usahanya membaca ayat- ayat Al-Quran dan cuba menghafaznya.  Walaupun satu ayat, ia adalah usaha yang sangat terpuji. Saya cuba bayangkan diri saya sendiri; Jangankan 30 Juzuz yang belum saya hafaz, Juzuz 30 pun saya tak ingat kesemuanya.

Oleh yang demikian, kepada wakil-wakil NGO yang membuat report Polis, malulah sikit kepada diri sendiri, jangan cepat melenting. Kalau betul YB Nga salah tajwidnya, perbetulkanlah. Kalau salah maksudnya, terangkanlah. Ini adalah perkara utama yang patut dilaksanakan.

Dalam Malaysiakini ada menyebut: 

Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan  kitab suci itu. Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengana keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal “kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang”.

Dan Impian Tuan Guru;

“Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara,” tegasnya. Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Dan harapan murninya;

“Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. ”Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana,” tambah  tokoh PAS itu.

Jadi saya tidak keseorangan dalam menyokong tindakan YB Nga itu… Wallahualam dan semoga juga impian TGNA (dan juga saya) menjadi kenyataan.

 

 

It’s true this happened everywhere … di negara maju, di negara mundur dan di negara yang sedang membangun seperti Malaysia atau waima sekalipun di negeri serambi Mekah juga tidak dapat lari daripadanya – Pencacai Bolasepak atau Football Hooligan . Itulah yang terjadi di Stadium Sultan Mohamed-IV yang memang menjadi kebanggaan pasukan RED WARRIOR pada 7 April 2009 baru-baru ini.

Kehangatan di tengah padang terbawa-bawa oleh segelintir pencacai bolasepak ini dengan menggugat ketenteraman awam apabila mereka melontar objek keras ke pasukan keselamatan. Alasan yang diberikan iaitu pihak keselamatan menggunakan kekerasan dalam mengamankan keadaan tidak boleh diterima langsung. 

Dalam keadaan tegang itulah, siapa sangka ini menyebabkan ada insan yang akan di rundung malang. Beliau ialah Adik Mohammad Huzaifah.

Mohammad Huzaifah Mohd Noor baru berusia 18 tahun dan masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu. Remaja dari Kedai Lalat, Kota Bharu ini sering membantu sepupunya, Abdul Rahman Hussein, berniaga minuman di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV setiap kali perlawanan bola sepak bagi mencari duit poket untuk dibuat belanja harian.

Malam Selasa lalu adalah detik hitam dalam hidupnya. Masa depannya kini gelap… segelap pandangannya sebelah matanya yang disahkan buta kerana dipercayai terkena serpihan kelonsong dari gas pemedih mata yang dilepaskan polis bagi menyuraikan rusuhan penonton di luar stadium itu.

Ketika itu, dia sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat pencacai bolasepak ini membakar motosikal dan kenderaan polis selepas perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Inilah … akibat kejahilan segelintir manusia, ada insan yang menderita. Buat adik M Huzaifah, salam kesedihan dan simpati juga dari saya yang mencintai bolasepak Kelantan tetapi juga mengutuk sekeras-kerasnya kejadian malam itu. Kepada para sahabat semua yang bersimpati, satu tabung khas akan dilancarkan oleh Persatuan Penyokong Siber Bolasepak Kelantan pada hari Sabtu Ini di Stadium Bolasepak Negara, Bukit Jalil. Sahabat semua boleh juga melayari web ini http://kelate.net/web/ untuk lebih lanjut.

Saya seperti juga KDN (Kelate  Dot Net) ingin merakamkan kekesalan ke atas apa yang terjadi. Kita semua tidak mahu Bolasepak Malaysia menjadi glamour hingga disiarkan di ESPN, CNN, Al Jazeera hanya kerana perangai Pencacai Bolasepak ini.  Kita juga tidak mahu ini menyebabkan kejadian menimpa ke atas Adik Huzaifah menimpa kita, menimpa adik-adik kita . Kita juga tidak juga mahu bolasepak Malaysia menjadi KOMA akibat daripada peristiwa ini. 

DAN SAYA SEBAGAI WARGA KELATE dan meminati bolasepak Kelate ingin menyeru kepada pihak KAFA supaya tabah dalam menghadapi kes ini. Perjuangan kita belum selesai… perjalanan masih panjang..  Kelantan sedang merintis ke satu kecemerlangan dalam sukan bolasepak…  Piala Presiden; Kita di depan … Piala FA; Kita di Separuh Akhir….  MSL ; Kita no 3 walaupun FAM lembab dalam membuat keputusan game dengan KLPLUS ……. Piala Emas Raja-Raja; Kita selalu di depan … jadi kejadian ini bukan sepatutnya membantutkan perjalanan kita.

KEPADA PENYOKONG KELATE  ;   

JUST BEHAVE AND ENJOY THE GAME ; KDN akan mengadakan satu program bagi mendidik dan memulihkan imej penonton bolasepak Kelantan pada pertemuan dengan Selangor, Sabtu ini di Stadium Bukit Jalil. 

SELAMAT MEMERIAHKAN BUKIT JALIL PULAK SELEPAS INI… Jadikan ia juga tempat atau stadium keramat kita

KEPADA PEMAIN BOLASEPAK KELATE

Walaupun apa yang terjadi dan alasan yang diberikan oleh Abg Leng ( Halim Napi), perbuatannya ke atas si kembar N9 memang salah. Sabar adalah benda yang wajib dalam sukan. ( Walaupun player kembar N9 juga tahu apa yang disebalik kejadian ini.. i.e … kisah isyarat ‘mereng’, kata-kata pedas). 

To all KELANTAN PLAYER … Let’s rock and together we go all out for the rest of the season and lastly ……..

GOMO KELATE GOMO

 

Pict: Credit to Poknik dan UseRun

 

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha