
“Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat ihsan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya” [al-Nahl 16: 90]
Inilah ayat yang menjadi tumpuan ketika Pilihanraya Kecil dua ‘bukit’ dan satu ‘batang’ diadakan. Ia dilafazkan oleh exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang. Hasilnya…. TV3 dan media arus perdana lain memainkan isu ini dan ramai konon-kononya muslim melenting dengan tindakan YB Nga ini.
Beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut. Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A’raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul. Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A’raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.
Pada pendapat saya, begitu ceteknya pemikiran mereka ini… melenting apabila ada non muslim melafaznya (Ayat Al-Quran). Saya pernah mendengar ceramah oleh Lim Jui Sooi yang merupakan seorang Muslim yang hebat dengan penguasaannya mengenai BIble sangat tinggi. Dalam hal ini, adakah Sdr Lim Jui Sooi ini Kristian hanya kerana memetik BIble dalam ceramahnya atau sengaja menghina agama-agama lain. Sudah tentu tidak.
Pada malam ketika isu ini mula dihebahkan oleh media, satu saja terpahat di hati saya, betapa malunya saya sebagai seorang muslim tidak begitu pandai dalam memetik ayat Al-Quran dalam pencaturan harian. Walaupun ketika itu, saya menduga, YB Nga hanya menghafaz (macam burung kakak tua) tetapi saya respek kepadanya. Respek kerana usahanya membaca ayat- ayat Al-Quran dan cuba menghafaznya. Walaupun satu ayat, ia adalah usaha yang sangat terpuji. Saya cuba bayangkan diri saya sendiri; Jangankan 30 Juzuz yang belum saya hafaz, Juzuz 30 pun saya tak ingat kesemuanya.
Oleh yang demikian, kepada wakil-wakil NGO yang membuat report Polis, malulah sikit kepada diri sendiri, jangan cepat melenting. Kalau betul YB Nga salah tajwidnya, perbetulkanlah. Kalau salah maksudnya, terangkanlah. Ini adalah perkara utama yang patut dilaksanakan.
Dalam Malaysiakini ada menyebut:
Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu. Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengana keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal “kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang”.
Dan Impian Tuan Guru;
“Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara,” tegasnya. Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.
Dan harapan murninya;
“Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. ”Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana,” tambah tokoh PAS itu.
Jadi saya tidak keseorangan dalam menyokong tindakan YB Nga itu… Wallahualam dan semoga juga impian TGNA (dan juga saya) menjadi kenyataan.
Follow me on Twitter
Bebelan….