Yeah Four Nil …. ( goal by Indra Putra (3) and Farhan (1) ….. what made me extra happy is Selangor and Perlis share a point each and Kedah lost during last night game.

Note : Picture credit to Userun…

 

Sepatutnya Sabtu ialah hari untuk bermalasan dan bermesraan bersama keluarga. Namun ianya tidak kesampaian dek kerana Renjuna terpaksa menghadiri suatu urusan kerja ( walaupun hanya menggunakan hanya 15 % kepakaran teknikal dan selebihnya anugerah akal daripada Allah swt). Walapun begitu kerjaan yang hanya separuh hari menghadirkan sedikit peluang dengan aktiviti kekeluargaan pada sebelah petangnya.

a. Pertemuan dengan saudara  yang ingin menghantar anaknya mendaftar masuk UiTM Dungun menghubungkan/menghangatkan semula semangat kekeluargaan (walaupun tiada pertalian darah langsung dalam 5-7 generasi sebelum ini).

b.  Jalan ke UiTM Dungun (hanya sepelaung dari garaj kereta, Rumah Renjuna) tiba-tiba hari menjadi sehebat Lebuh Ampang, KL (Belakang Bangkok Bank) sekiranya dilihat dari segi bilangan trafiknya sepanjang hari ini.

c.  Menikmati keropok lekor yang mungkin boleh mendaki ranking tertinggi keropok lekor seluruh Terengganu. Sumpah kalah keropok lekor Losong dan Pantai Kelulut.

d.  Selepas diajak oleh anakanda ke Padang Permainan, Renjuna berjaya juga membuat senaman level ke-IV tahap Gaban, iaitu berjalan mendayu-dayu (breeze walking) sejauh hampir 5 kilometer. (dasyatnya jogging track sini ada ukuran perjalanan anda)

e.   Walaupun diasak sepanjang petang tadi (bermain slide dan berlari-lari kecil) selama satu setengah jam, anakanda berdua masih lagi mempunyai tenaga tahap Ultraman Dyna yang menyebabkan mereka masih segar bugar semasa artikel ini ditulis dan bapanya Renjuna terpaksa membatalkan hasrat melihat live Tennis Wimledon Open….

f.   Sekiranya anakanda masih seperti arnab Duracell, adinda (isteri Renjuna) sudah ZZzzzzz kerana keletihan membantu jiran menyiapkan jualan untuk dipasarkan di Gerai Jualan, Pendaftaran Pelajar Baru Uitm Dungun.

g.  Walaupun Adinda (Isteri Renjuna la ni ) sudah tidur, akaun untung rugi jualan hari ini tetap terbuka, kerana sebagai pelabur utama ( pemberi modal untuk jualan), Renjuna masih belum mendapatkan hasil pelaburan sehari menjual barangan kepada pelajar baru Uitm.

h.   Walaupun akaun untung rugi belum diketahui, Renjuna ‘terpaksa’ jugak pergi kerja besok dengan tekad yang menggunung kerana terdapat Tender Briefing yang perlu dibagi kepada kontraktor dan juga urusan-urusan yang berkaitan dengannya.

i.   Urusan-urusan kedunian memang teramat banyak seminggu dua ni ( 93 % adalah hasil daripada proses Audit tempoh hari…… letih weh dengan geng2 nih), Tapi anakanda yang lelaki, Ikhwan ( berumur 3 tahun 3 minggu) berjaya mencatatkan rekod peribadi terbaiknya iaitu turut sembahyang Isyak(urusan akhirat) sebentar tadi ( konon-konon jadi makmun kepada Renjuna) dari permulaan sehingga habis walaupun isteri Renjuna memaklumkan yang time rukuk tu, dia tunduk 25 darjah sahaja takut kopiah kat kepala jatuh kesejadah….. ikhwan….  ikhwann….

 

PAS will be fielding its Kuala Krai division treasurer Mohd Fauzi Abdullah as their candidate for the July 14 Manek Urai state seat by-election in Kelantan. His candidacy was announced by PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat during a ceramah at about 11pm last night  in Kampung Manek Urai Lama.

Other speakers include Pakatan Rakyat bigwigs PAS president Abdul Hadi Awang, former PAS vice-president Husam Musa, PKR strategist Saifuddin Nasution and DAP stalwart Lim Kit Siang. Fauzi, in his 50s, is a turban-clad wealthy fishmonger and businessman. He was born and bred in Kuala Krai, the nearest town in the largely rural Malay-majority Manek Urai constituency. He is also member of the Kuala Krai municipal council since 1999.

 

— the sun is gone, but i have the light —

 
1. Daripada Abu Salmah daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w sesungguhnya baginda telah bersabda; ‘Sesungguhnya hari yang terbaik di mana matahari terbit padanya adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan. Pada hari itu juga dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu juga dia dikeluarkan daripada syurga. Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.’
2. Abdullah bin Mundzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; ‘Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari raya fitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu penciptaan Adam, pada hari itu dia dikeluarkan daripada dari syurga, pada hari itu juga dia diwafatkan dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu daripada Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi tidak meminta yang haram. Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang malaikat muqarrabin pun di sisi Allah azza wajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.’
3. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat mengapa hari tersebut dinamakan hari Jumaat. Rasulullah menjawab; ‘Lantaran pada hari itulah tanah yang dijadikan darinya Adam diuli dan diadun, pada hari itu terjadinya tiupan sangkakala yang pertama (kiamat terjadi pada hari Jumaat) dan hari kebangkitan dan pada hari itu juga doa seseorang dikabulkan oleh Allah s.w.t.’

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha