• Sharebar

Kisah ini memang sensasi  dalam sebulan ni. Ceriteranya telah mengundang ramai Bloggers menyuarakan pendapat masing-masing.  Selain daripada kisah Omar Ong yang telah dikatakan akan menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS, kisah Syed Hamid Albar ( x-Foreign Minister) yang akan menjadi Chairman PETRONAS juga banyak diulas di dalam blog-blog.  Semalam, RockyBru telah menerbitkan entry yang menyatakan Omar Ong tidak di terima menjadi BOD of PETRONAS atas sebab PETRONAS tidak menerima kakitangannya yang telah keluar dari syarikat itu sebelum ini. Berikut ialah petikan penuh entry tersebut:-

Rejected. The Board of Petronas has said no a recommendation to appoint Omar Ong as a Director on the Board of the national oil corporation.Petronas has a tradition of not taking back a former employee and Omar Ong, the Ethos Consulting boss who is often linked to the so-called 4th Floor operations under the Abdullah administration, is an ex-employee.But given the perception that Omar Ong is close to the current Administration, the decision by the Board of Petronas is quite sensational.Dr Mahathir Mohamad is Advisor to Petronas.
Sebenarnya kisah-kisah sedemikian memang menjadi suatu tarikan yang besar kepada rakyat Malaysia memandangkan PETRONAS merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi dan pendapatan negara. Satu per Tiga daripada hasil adalah daripada PETRONAS. Ianya memang jelas PETRONAS adalah hak rakyat Malaysia kerana ianya ditubuhkan bagi menguruskan sumber hidrokarbon negara dan memberikan balik keuntungan kepada negara (Petroleum Development Act 1974).

Namun begitu apabila kita mengkaji semula, sehingga tahun lepas, 40 % daripada pendapatan PETRONAS dijana dari luar negara ( pls refer Last Financial Year Report). Eksplorasi di Sudan, Egypt, Indonesia, Vietnam, Myammar, Mauritania, Turkmenistan dan banyak negara lain ( lebih 34 negara) telah menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita patut berterima kasih kepada PETRONAS kerana telah menyumbangkan dana yang banyak untuk pembangunan Malaysia. Cuba bayangkan jikalau tanpa ‘leadership’ yang terbaik, mana mungkin PETRONAS dapat meneroka pasaran luar negara. Cuba lihat PERTAMINA ( Syarikat NOC Indonesia), masih tak dapat melawan PETRONAS walaupun Indonesia pada awal dahulu ( hingga sekarang la) adalah negara OPEC.

Cadangan untuk menukar kepimpinan PETRONAS adalah perkara yang paling teruk untuk dibuat. Kenyataan ini bukan untuk membela PETRONAS atau untuk menidakkan perkara yang baik(belum tentu baik), tetapi seperti kata pepatah ‘Hanya Jauhari yang Mengenal Manikam’. Bidang ‘oil and gas’ merupakan suatu industri yang tinggi penggunaan teknologinya dan hanya mereka yang bergelut siang dan malam dengan benda ini saja yang lebih mengetahuinya. Saya percaya PETRONAS juga mempunyai pilihan mereka sendiri bagi menjaga rantaian kepimpinan PETRONAS. Seperti yang kita selalu lihat melalui iklan-iklan PETRONAS, saya percaya kakitangan PETRONAS juga mempunyai jatidiri yang tinggi dan mampu mengerakkan PETRONAS ke aras yang paling cemerlang ( insyaAllah Dunia dan Akhirat).

JUNE AND JULY ( Jun dan Julai) : Kedua-dua bulan ini merupakan suatu tempoh yang agak ‘hangat’. Jikalau diimbas pada tahun lepas, pada bulan inilah kerajaan menaikkan harga minyak ke RM 2.70 / per liter yang telah banyak menggemparkan Malaysia. Tuduhan ke atas PETRONAS kononnya telah menaikkan harga tersebut dan kurangnya ‘pengorbanan’ PETRONAS membantu rakyat Malaysia menyebabkan Presiden PETRONAS terpaksa muncul di kaca TV nasional menyuraikannya.

Tahun ini Jun dan Julai diharap tidaklah sebegitu….  Pada kebiasaannya PETRONAS melalui Presiden/CEOnya akan mengumumkan Laporan Kewangan PETRONAS bagi tahun 2008/2009 pada akhir bulan Jun. Melalui laporan ini, Rakyat akan dapat menilai sumbangan PETRONAS kepada negara walaupun harga minyak yang jatuh memungkinkan pendapatan PETRONAS akan berkurang. Nilai perbelanjaan di jangka semakin bertambah kerana permintaan ‘facilities’ bagi industri oil and gas yang tinggi menyebabkan kos semakin bertambah. Walau apapun nilainya.. besar atau kecil, saya percaya PETRONAS telah membuat yang terbaik bagi bersama-sama membangunkan Malaysia melalui usaha mereka. ( Harap GLC lain juga berusaha gigih)

Bulan Julai merupakan suatu yang ditunggu-tunggu bagi setiap ‘Corporation’ atau syarikat di dunia ini. Ini adalah kerana FORTUNE 500 akan mengeluarkan senarai mutakhir 500 companies yang terbaik/terbesar di dunia melalui nilai pendapatannya (revenue). Pada tahun lepas, PETRONAS di tangga ke 95 dunia dan tahun ini dijangka semakin bertambah baik kerana banyak syarikat di sektor lain terjejas teruk akibat kemelesetan ekonomi dunia. Mungkin kalian pembaca di sini merasakan angka 95 itu suatu kedudukan yang tidak termahsyur. Tetapi harus diingat sekirannya PETRONAS ini adalah diperbadankan di Australia  (negara maju kononnya), PETRONAS adalah perbadanan yang terbesar di sana.

Begitu lah skala PETRONAS buat masa ini. Bukan lagi syarikat yang mahu menyerap secara senyap-senyap syarikat-syarikat kecil di dalam negara. PETRONAS sudah tentunya bukan lagi jagohan kampung yang hanya tahu memberi alasan kenapa tidak perform. PETRONAS kini bukan lagi seperti pengutip cukai daripada PSC contractor seperti tahun-tahun awal kewujudannya tetapi developer / operator yang berjaya. GLC Malaysia bukan lagi lawan PETRONAS ( walaupun Sime Darby(Synergy Drive) yang kini menjadi syarikat perladangan terbesar di dunia) jika dikira dalam hal nilai dan untung rugi.

Jadi persoalannya :

Kenapa masih mahu meminggirkan pilihan PETRONAS dalam menetapkan kepimpinan mereka sendiri. (Walaupun Omar Ong ditolak, tidak bermakna kerajaan tidak berhak untuk mengenominasi calon mereka, tetapi adalah menjadi hak PETRONAS untuk memilih pemimpin daripada calon-calon yang ada)
Share

  One Response to “PETRONAS dan Omar Ong ?”

  1. Fair post, sgt aci ulasanmu bro.. thanks for sharing.

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha