• Sharebar

Fuuuhhhh …..  dah abis rupanya … (apa yang dah habis tu ? )

Cuti sekolah la … selama dua minggu, my ayang keeps complaining yang terpaksa ‘berperang’ dengan batalion anak-anak yang sangat aktif tahap pembesarannya. Me … as usual a cool dad yang selalu lebihkan anak-anak. For me cuti sekolah is a holiday kan, mesti happy and free. I feel pity to Dina yang her teacher ( Cikgu tadika je) telah menunjukkan tahap ‘kesivikkan’ tahap tertinggi dengan memberi homework/kerja-sekolah yang almost 80 pages of Math exercise dan juga untuk subject sains. Can you believe it … it’s almost 80 pages for a kindy student.

Last night, Dina went to sleep almost 11 pm just to complete her homework which suppose to be done in two weeks time. and the reason for that unfinished homeworks are :- ( saja nak bagi alasan ni)

….TERLALU BANYAK KENDURI KAHWIN

Yaaaa .. disebabkan terlalu banyak kenduri kahwin yang dilangsungkan pada masa cuti sekolah ini, Baba dan Ummi tak dapat membantu Dina menyiapkan kerja sekolah akibat terlalu banyak travel dan berpindah-randah hotel menghadiri kenduri kahwin. Boleh dikatakan dalam masa 2 minggu ini, masa penuh yang berada dirumah sendiri ialah 2-3 hari sahaja. yang lain tu penuh dengan aktiviti rondaan di atas jalan raya dan juga di bawah khemah-khemah pengantin. Permulaan dengan perkahwinan adik sendiri Anuar vs June di Kluang dan Kota Bharu diakhiri semalam di Dewan Perdana Felda, perkahwinan anak boss saya.

Disebabkan terlalu banyak majlis perkahwinan, saya teringat satu kisah bagaimana pesan ibubapa untuk anaknya agar mencari pasangan yang original ( ori )… kisahnya bermula begini….

Pada suatu masa, disuatu kampung, Laila ( bukan nama sebenar) baru mendapat tempat di IPTA (bukan Uni.Malaya). Selepas mendaftar di First College, maka tibalah saat perpisahan antara pasangan Pak Salleh dan Mak Siti dengan anak dara mereka Laila yang belum pernah berjauhan sebelum itu. Terlanjur saling berpesan-pesan untuk menjaga diri dan maruah keluarga, maklumlah Laila ni budak yang naif tentang kemodenan duniawi ni, Mak Siti telah berpesan kepada Laila.

” Nak, mak nak pesan ni… kau kat sini belajarlah bersungguh-sungguh, nanti senang boleh tolong kami semua dan alang-alang kau dah kat Universiti ni.. carilah pasangan terus.. kalau ada jodoh boleh la kawen terus lepas belajar.. jadi senang la ngkau nanti .. Mak tak nak ngko jadi macam Ekin tu… sampai sekarang masih lom kawen, lepas ijazah nak master pulak.. terus jadi andartu ‘” begitulah bunyi pesanan Mak Siti kepada anaknya.

” Selain tu Mak nak pesan ini… kalau nak cari pasangan itu, Laila carilah yang ORIGINAL atau ori … Mak tak nak ngko cari yang palsu … sekarang macam-macam pe’el orang ada… ingat tau CARI YANG ORI…”. Sambung Mak Siti lagi menekankan agar anaknya Laila mencari pasangan yang Ori.

Jadi Laila pun sematlah pesanan maknya itu. Sambil belajar untuk mencapai ijazah, sambil mengambil peluang mencari pasangan ‘ori’ tersebut. Laila sebenarnya orang yang cantik dan ayu, maka ramailah jejaka yang terpikat kepadanya… Namun nak cari yang ori itulah masalahnya… Laila tak tahu macam mana nak menilai yang mana yang ori dan yang mana yang palsu…

Namun pada semester terakhir, Laila pun bertemulah dengan Nazrool(bukan nama sebenar jugak) , jejaka hensem dari Perak yang setelah meneliti tahap ke’ori’annya ( mengikut tafsirannya sendiri), Laila membuat keputusan Abg Nazrool memang insan yang dimaksudkan oleh Maknya dahulu. Itu lah mereka,  ’bertenet’ di semester terakhir pengajian mereka sehinggalah berjaya menggenggam ijazah masing-masing.

Setelah bekerja hampir setahun selepas graduasi, pasangan muda Laila dan Nazrool pun mengambil keputusan untuk berkahwin. Hasrat mereka dimaklumkan kepada ibubapa masing-masing yang sama-sama telah bersetuju untuk mempercepatkan majlis kawen tersebut. Itu lah kisah Laila dan Nazrool yang selepas itu selamat di ijab-kabulkan oleh bapa Laila sendiri.

Selepas majlis akad nikah, persandingan pun di adakan secara gilang-gemilang meraikan pasangan yang sama-sama padan dan cantik itu. Semua yang hadir memuji ke’kocok’kan pasangan dan sama-sama mendoakan mereka agar berkekalan hingga ke akhir hayat mereka. Bagi pasangan tersebut, mereka sama-sama menikmati majlis yang sungguh meriah itu walaupun dalam hati masing-masing sangat BERDEBAR menunggu malam pertama mereka.

Malam pertama yang ditunggu-tunggu pun tiba. Laila pun bersiap-sedia bagi menghiburkan Nazrool yang kini menjadi suaminya yang sah dan Nazrool pula tak sabar-sabar menunjukkan tahap ke’ori’annya kepada Laila. Maka selepas itu .. ….. jeng..jeng….jeng …jengg (sampai habis …. cubalah bayangkan sendiri yer)….

Masa pun berlalu … tik.. tik ..tik.. tik.. tikk … sehinggalah dinihari.

Keesokkan paginya lebih kurang jam 5.30 pagi Mak Siti pun bangunlah untuk menunaikan sembahyang Subuh. Semasa hendak masuk ke bilik air, tiba-tiba Laila muncul dari biliknya sambil memandang tepat ke muka Mak Siti sambil menyapanya…

” Mak…. mak ingat tak pesanan mak pada Laila sebelum Laila masuk Universiti dulu. Mak pesan pada Laila agar mencari pasangan atau lelaki yang Ori kan” . Kata Laila pada maknya.

” Ingat…. mestilah mak ingat … Jadi, macam mana Nazrool tu ?”. balas Mak Siti pada Laila untuk mengorek rahsia anaknya

” Nazrool…… Memang Original Habis Mak … Plastik pembalut pun masih ada lagi… belum dibuka lagi mak”. jawab si Laila dengan ‘confident’nya sambil mereferkan Plastik ‘Kond#m’ yang Nazrool pakai sebelum projek sebagai kaedah Perancangan Famili kerana keadaan ekonomi yang agak gawat sekarang.

—- TAMAT—–

Itulah alkisahnya Laila yang sangat Naif mencari pasangan hidup yang Ori seperti yang di pesan Maknya. Kepada pasangan yang baru berkahwin di Musim Cuti Sekolah ini. Harap anda semua mendapat pasangan yang ORI …

Akhir kata, RENJUNA ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA KEAKHIR HAYAT KEPADA PASANGAN :

  • Mohd Anuar dan Zurati ( Adik Renjuna sendiri )
  • Amran dan pasangan ( Kawan Renjuna)
  • Hanum dan Naza ( Anak Boss Renjuna nih)

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha