Menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, pengeluaran petroleum di perairan Kelantan ialah sebanyak RM2.5 bilion setahun. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, menurut laporan Jabatan Perangkaan tersebut, Kelantan antara negeri yang disenaraikan sebagai pengeluar petroleum sejak 2004 dan sepatutnya turut mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu. Tahun 2009 merupakan tahun keenam kerajaan pusat tidak membayar royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sedangkan hasil yang diperolehi setiap tahun bernilai antara RM2.5 hingga RM2.7 bilion. Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai royalti minyak yang tertunggak sejak tahun 2004. (sumber)

Isu ini nampaknya menunjukkan lagi ketidakadilan dalam pemberian royalti hasil petroleum kerana tiga negeri iaitu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menerima bayaran masing-masing yang patut dinikmati semua rakyat. Sekiranya permintaan Kerajaan Kelantan untuk royalti tidak diperkenankan oleh Kerajaan Persekutuan, ini membelakangkan konsep 1Malaysia yang sibuk di war-warkan sekarang kerana menurut konsep tersebut, keutamaan rakyat akan diutamakan tanpa ada batasan kaum, parti politik dan sosio ekonomi penduduk dan yang paling penting, pertanyaan antara hak-hak di hari pembalasan kelak lebih pedih akibatnya sekiranya ia menafikan hak yang sepatutnya.