Selamat Hari Bapa / Ayah / Abah / Chek / Papa / Abi / Baba / Wan /Daddy / Bab ..etc… kepada semua lelaki yang bergelar ayah seantero dunia …. memang hari ini menerbitkan satu nostalgia yang menyedihkan kerana bagi sesiapa yang ayahnya telah pergi selamanya, hati akan terasa tersentuh apabila berbicara mengenai bapa.
Ayah atau “Wan” yang kukenali memang orang yang paling ‘cool’ yang pernah dijumpainya. tak pernah marah namun tak pernah ada anak-anak yang naik tocang dengannya. Selain amat dihormati masyarakat, kami sekeluarga amat mendambakan tunjuk ajar dan kasih sayangmu. Terima kasih atas jasamu mendidik kami sekeluarga. Tiada dapat kubalas jasa budimu, tak terbalas jerih perit membesarkan kami semua.
AL-FATIHAH
(Buat Haji Yusoff Bin Haji Othman.. JP, PPB)
(Dua Anugerah yang diterima Wan dari Sultan Kelantan, Walaupun tiada ‘title’ yang memberikan kebesaran didunia, diharap Allah swt menempatkannya di tempat yang Mulia di sisiNya, InsyaAllah)
Follow me on Twitter
Bebelan….