• Sharebar

Sepatutnya Sabtu ialah hari untuk bermalasan dan bermesraan bersama keluarga. Namun ianya tidak kesampaian dek kerana Renjuna terpaksa menghadiri suatu urusan kerja ( walaupun hanya menggunakan hanya 15 % kepakaran teknikal dan selebihnya anugerah akal daripada Allah swt). Walapun begitu kerjaan yang hanya separuh hari menghadirkan sedikit peluang dengan aktiviti kekeluargaan pada sebelah petangnya.

a. Pertemuan dengan saudara  yang ingin menghantar anaknya mendaftar masuk UiTM Dungun menghubungkan/menghangatkan semula semangat kekeluargaan (walaupun tiada pertalian darah langsung dalam 5-7 generasi sebelum ini).

b.  Jalan ke UiTM Dungun (hanya sepelaung dari garaj kereta, Rumah Renjuna) tiba-tiba hari menjadi sehebat Lebuh Ampang, KL (Belakang Bangkok Bank) sekiranya dilihat dari segi bilangan trafiknya sepanjang hari ini.

c.  Menikmati keropok lekor yang mungkin boleh mendaki ranking tertinggi keropok lekor seluruh Terengganu. Sumpah kalah keropok lekor Losong dan Pantai Kelulut.

d.  Selepas diajak oleh anakanda ke Padang Permainan, Renjuna berjaya juga membuat senaman level ke-IV tahap Gaban, iaitu berjalan mendayu-dayu (breeze walking) sejauh hampir 5 kilometer. (dasyatnya jogging track sini ada ukuran perjalanan anda)

e.   Walaupun diasak sepanjang petang tadi (bermain slide dan berlari-lari kecil) selama satu setengah jam, anakanda berdua masih lagi mempunyai tenaga tahap Ultraman Dyna yang menyebabkan mereka masih segar bugar semasa artikel ini ditulis dan bapanya Renjuna terpaksa membatalkan hasrat melihat live Tennis Wimledon Open….

f.   Sekiranya anakanda masih seperti arnab Duracell, adinda (isteri Renjuna) sudah ZZzzzzz kerana keletihan membantu jiran menyiapkan jualan untuk dipasarkan di Gerai Jualan, Pendaftaran Pelajar Baru Uitm Dungun.

g.  Walaupun Adinda (Isteri Renjuna la ni ) sudah tidur, akaun untung rugi jualan hari ini tetap terbuka, kerana sebagai pelabur utama ( pemberi modal untuk jualan), Renjuna masih belum mendapatkan hasil pelaburan sehari menjual barangan kepada pelajar baru Uitm.

h.   Walaupun akaun untung rugi belum diketahui, Renjuna ‘terpaksa’ jugak pergi kerja besok dengan tekad yang menggunung kerana terdapat Tender Briefing yang perlu dibagi kepada kontraktor dan juga urusan-urusan yang berkaitan dengannya.

i.   Urusan-urusan kedunian memang teramat banyak seminggu dua ni ( 93 % adalah hasil daripada proses Audit tempoh hari…… letih weh dengan geng2 nih), Tapi anakanda yang lelaki, Ikhwan ( berumur 3 tahun 3 minggu) berjaya mencatatkan rekod peribadi terbaiknya iaitu turut sembahyang Isyak(urusan akhirat) sebentar tadi ( konon-konon jadi makmun kepada Renjuna) dari permulaan sehingga habis walaupun isteri Renjuna memaklumkan yang time rukuk tu, dia tunduk 25 darjah sahaja takut kopiah kat kepala jatuh kesejadah….. ikhwan….  ikhwann….

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha