• Sharebar

2012 – tarikh terakhir di mana Bahasa Inggeris diajarkan kepada murid sekolah untuk pembelajaran Matematik dan Sains. Walaupun suara kerajaan men-warkan yang keputusan yang telah dibuat itu bertujuan memartabatkan Bahasa Malaysia, tapi ianya dilihat sudah terlambat kerana pada pandangan mata rakyat, keputusan tersebut adalah hasil daripada kemenangan demonstrasi yang maha hebat oleh si pencinta Bahasa ini.

Walaupun begitu, harus diingat yang kemenangan ini bukan sahaja tertakluk kepada Bahasa Malaysia tetapi juga kepada bahasa ibunda kaum Cina dan India masing-masing. Terlalu jauh untuk dilontarkan persoalan ini, tapi pernahkah kita terfikir yang perlunya kita menetapkan penggunaan satu bahasa sahaja untuk pembelajaran iaitu Bahasa Malaysia. Sebab itulah ia ditukar nama menjadi bahasa Malaysia yang bukan Bahasa Melayu.

Lantaran penukaran itu sebenarnya bertujuan untuk kita sama-sama menjadikan negara Malaysia ini suatu negara yang maju dengan satu bahasa yang memacu pertumbuhan negara. Jikalau ada tiga bahasa yang diperkenalkan untuk murid sekolah, sudah tentu kita tidak boleh seiring dan sejalan. DAN sudah tentu membelakangi konsep 1Malaysia DS Najib.

Akhirnya kita masih terpacak di satu tempat, mundar mandir kenapa kita tidak boleh maju, sedangkan suatu yang asas masih kita tidak perbetulkan.

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha