KEPUTUSAN AKHIR PILIHANRAYA PERMATANG PASIR

BN 5067 UNDI

PAS 9618 UNDI

MAJORITY 4551 UNDI

KELUAR MENGUNDI 14,768 UNDI BERSAMAAN 73 %  ( Nasib baik kuar ngundi sikit nihh… kalau tak majoriti tinggi lagi)

UNDI ROSAK 83 UNDI

PAS MENANG UMNO KALAH DI PERMATANG PASIR

Nota Kaki : BN …..  ”Lu kasi hormat sikit la Olang Tua lagi-lagi itu Ulamak maa… itu Tuan Guru apasal u hentam kuat-kuat …. ” kata sorang apek pada gua masa RTM, TV3, Utusan, Berita Harian menghentam TG NIK AZIZ…

 

Ramadhan 1430 H …..So far so good walaupun semalam kitorang tak bersahur.. mungkin disebabkan penat sangat kerana baru balik travel dari kampung berpuasa bersama keluarga. Terawih alhamdulillah semua ok tetapi masa nak ke masjid/surau tu selalu kena sembunyi-sembunyi kerana Ikhwan selalu sangat nak ikut. Sebenarnya bukan tak nak bawak dia, tapi macam biasa la , ramai sangat orang kat surau masa musim Ramadhan. Kalau dulu hanya 2-3 saf tapi sekarang sampaikan ke tangga kena hampar sejadah lagi. Lagipun Ikhwan still pakai diapers, tu yang takut nak bawak tuh… and sebenarnya dah janji ngan umminya yang anak2 hanya dibawa ke masjid atau surau hanya apabila dah tak pakai pampers (diapers)…

Oh ya … disebabkan ramai sangai orang kat surau tu… tiba-tiba jer parking keta dah penuh kat surau tuh. Tu pun nasib baik hari jumaat lepas iaitu sehari sebelum puasa AJK surau tambak tanah lagi untuk memperbesarkan tempat parking keta tuh, kalau tak tak tahu la macam mana keadaannya ..Jadi solution untuk itu ( tempat parking keta terhad), hari ini kitorang pergi beli satu basikal.. kononnya nak bawak ke surau la, sambil nak exercise. Tapi tak tahulah istiqomah ke tak ngan benda ni.. maklumlah juga, sekarang ni kerap juga hujan turun masa sembahyang terawih .. takut last-last , pakai keta jugak nak ke surau tu nanti…

Nota kaki : baru saja abih baca surah Al-Baqarah ( kira not bad la abis hari ketiga dengan berada pada juz ke tiga… ) … lepas ni Al-Imran pulak… insyaAllah boleh khatam sebelum 20th Ramadhan ni..

 

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu

sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’

tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri

menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..

mengadu…merintih. ..meminta belas kasih

”sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru…kita cari…suatu malam idaman

yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir

mempersiap diri…rohani dan jasmani

menanti-nanti jemputan Izrail

di kiri dan kanan …lorong-lorong ridha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….

andai ini Ramadhan terakhir buat kami

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti…paling berseri…

menerangi kegelapan hati kami

menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi

semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…

tak akan ada manusia yang bakal mengetahui

apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya

yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah

berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

Sumber : Unknown

 

Alhamdulillah.. Marhaban Ya Ramadhan…

Salam Ramadhan buat semua pembaca Blog ini..

Entah mengapa Ramadhan ini sungguh bermakna dan tekad untuk memastikan ibadah puasa tahun ini lebih bagus daripada yang sebelumnya lebih jitu. Lebih bermakna juga kepada Renjuna, kerana Ramadhan ini dapat dimulakan bersama Ibu tersayang di mana pada ketika entry ini di tulis, Renjuna berada di Kampung dan baru sahaja lepas berterawih bersama-sama di masjid.

Selain daripada itu, Ramadhan 1430-H ini merupakan Ramadhan yang pertama di rumah baru. Kami telah seminggu bertungkus lumus membersihkan rumah dan membuat ‘spring cleaning’ sambil mengharapkan cahaya ramadhan melimpahi rumah kami. Jadi semua angle telah dipersiapkan..

Semoga diri ini dan keluarga dapat menongkah arus nafsu agar  ’Universiti Ramadhan’ (pinjam kata2 sahabat, Ust H.A.K) kali ini membuahkan kejayaan yang cemerlang dan menjadikan peningkatan untuk beribadah tidak hanya terhad kepada Ramadhan sahaja tetapi lebih daripada itu dan sehingga ke akhir hayat.. InsyaAllah.

Sekali Lagi Buat Semua…. SALAM RAMADHAN…

 

Semalam jadual Renjuna menjadi padat dek kerana BPL sudah kembali, dan hopefully persaingan untuk merebut kejuaraan BPL semakin hebat. Jikalau di lihat games semalam, memang lah ‘duit’ boleh membeli kejayaan. Game Man City semakin hebat dengan tambahan pemain-pemain yang baru dibeli seperti Barry dan Adebayor menjadi duri dalam daging kepada Blackburn dan Chelsea mengharapkan gol dimasa kecederaan untuk kemenangan tiga mata penuh ditempat sendiri melawan Hull.

Game yang ditunggu-tunggu semalam adalah pertemuan antara Arsenal dan Everton dengan temubual dengan Wenger awal minggu ini mendedahkan yang ‘Projek Mega’ yang dibinanya semenjak empat tahun dulu diharap membuahkan hasil pada musim ini. Projek ini lah juga menyebabkan Wenger menolak tawaran untuk melatih Real Madrid kerana beliau percaya yang anak-anak buahnya yang muda ( sekitar 23 tahun) ini akan mencabar kejuaraan BPL pada musim ini.

Memang game 1.30 pagi semalam tak membosankan. Sepatutnya cikgu-cikgu sekolah sukan atau jurulatih bolasepak menjadikan tape perlawanan Arsenal sebagai suatu rujukan dengan ‘flair’ yang ditunjukkan sepanjang dalam perlawanan tersebut. Begitu juga phrase ‘ Size Dose Matter’ , ianya tak sesuai lagi digunakan kerana Arsenal mempunyai pemain yang playernya jauh lebih kecil tetapi mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi.

Arhh.. persetankan dengan khabar angin Faby akan ke Barca kerana semalam dia membuktikan yang dia memang berhak memakai lilitan Kapten The Gunners. 2 gol dan gerakan-gerakan yang menarik seharusnya memberikan petunjuk kepada Faby yang pasukan pada musim ini boleh pergi lebih jauh untuk musim ini. Begitu juga pemain lain, walaupun baru setahun jagung, persembahan mereka amat membanggakan.

Kemenangan 6-1 semalam ke atas Everton seharusnya mampu menyuntik semangat pasukan untuk kembali merampas kejuaraan liga Perdana Inggeris pada musim ini…

KEPUTUSAN PENUH

EVERTON 1 (Saha) VS      ARSENAL 6 ( Denilson, Vermaelen, Gallas, Fabregas 2X, Eduardo)

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha