• Sharebar

Hari terakhir di mana entry terbaru keluar ialah hampir 14 hari yang lalu. Satu tempoh yang sangat panjang bagi Renjuna. Namun tiada entry bukan bermakna empunya diri bertapa di dunia fana ini tanpa menjenguk dunia tapak sesawang (website=tapak sesawang). Setiap hari sepanjang tempoh itu Renjuna hanya bersempatan membaca blog-blog kengkawan yang semakin hebat nampaknya menulis yang ada yang lebih drastik lagi menukar template layoutnya.

Renjuna dalam tempoh dua minggu ini teramatlah sibuk dengan kerja-kerja duniawi dan insyaAllah akan diberi ganjaran akhirat juga. terlalu banyak dateline, kontrak baru yang tengah berjalan dan program-program syarikat yang memaksimakan masa, tenaga dan buah fikiran. Alhamdulillah semuanya telah dilalui dengan jayanya dan program yang telah lama dirancang dapat dijalankan dengan baik.

Untuk diri sendiri yang keluarga, sungguh minima masa yang diperuntukkan. Walaupun begitu terdapat beberapa perkembangan terbaru yang boleh diupdatekan, antaranya:

a) Anakanda Ikmal melangkaui hayatnya setahum semalam dan kami menjemput ramai kaum keluarga untuk menikmati makan malam di rumah Renjuna. Alhamdulillah

b) Renjuna memperolehi rezeki yang lebih sedikit apabila mendapat ‘merit’ daripada syarikat. Alhamdulillah

c) Hari ini syarikat mengumumkan akan pemberian bonus/token kepada kakitangan. Alhamdulillah

d) Renjuna baru sahaja mendapat tahu terdapat sebuah surau yang sangat berdekatan dengan rumah Renjuna kerana sebelum itu, Renjuna selalu pergi ke surau yang agak jauh dengan rumah ( kena drive). Renjuna bercadang membeli basikal untuk exercise dan ke surau tersebut ( Yang hebatnya pada setiap kali nak sembahyang semua jemaah saling bertolakkan sesama sendiri menyuruh menjadi Iman sebab buat masa ini tak ada iman yang tetap di surau tersebut).

e) Renjuna menukar Stereo kereta baru untuk kereta lama dan  Gajet terbaru ini boleh memainkan CD,DVD, DVDX USB, Bluetooth, IPod compatible, Radio, TV, MicroSD dan banyak lagi lah. Penangannya, anak Renjuna tak nak naik MPV baru lagi sebab nak tengok DVD dalam kereta lama.

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha