Nampaknya pandemik ini semakin menular, setakat semalam lebih 44 rakyat Malaysia telah menjadi korban. Daripada ceramah yang telah diatur oleh syarikat tempat Renjuna bekerja, virus selsema babi ini memang sesuatu benda yang amat dasyat. begitu juga email-email dari kawan-kawan yang menceritakan penangan penyakit selsema babi ini.
Beberapa institusi pendidikan di sekitar rumah Renjuna juga telah ditutup, ie sekolah, politeknik dan kampus uitm yang telah ditutup itu juga mencerminkan wabak ini telah berada di sekitar sini. Namun setakat ini Terengganu masih belum ada yang kehilangan jiwa akibat H1N1..
Walau apapun.. harap semua mengambil langkah yang sewajarnya… jauhilah dari tempat-tempat yang crowded dan tak yah lah shopping raya untuk tahun… pakai jer baju tahun lepas…. nyawa kita lebih penting daripada gaya…
Follow me on Twitter
Bebelan….