
Renjuna ingat ramai muslim mengetahui yang antara lagu hit Kumpulan Nasyid Rabbani atau selalu dimainkan media ialah ‘PERGI TAK KEMBALI’. Semasa di opis tadi, ada SMS masuk menyatakan Ust Asri Ibrahim baru je meninggal dunia. Sangkaan awal ialah Ustaz Asri bekas mufti perlis tetapi setelah melayari internet rupanya Ustaz Asri penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani. Innalillah…. kepadaNya jualah kita akan kembali.
Ketua kumpulan nasyid Rabbani itu yang berumur 40 tahun meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Al-Fatihah untuk Allahyarham…
Follow me on Twitter
Bebelan….