• Sharebar

Semalam jadual Renjuna menjadi padat dek kerana BPL sudah kembali, dan hopefully persaingan untuk merebut kejuaraan BPL semakin hebat. Jikalau di lihat games semalam, memang lah ‘duit’ boleh membeli kejayaan. Game Man City semakin hebat dengan tambahan pemain-pemain yang baru dibeli seperti Barry dan Adebayor menjadi duri dalam daging kepada Blackburn dan Chelsea mengharapkan gol dimasa kecederaan untuk kemenangan tiga mata penuh ditempat sendiri melawan Hull.

Game yang ditunggu-tunggu semalam adalah pertemuan antara Arsenal dan Everton dengan temubual dengan Wenger awal minggu ini mendedahkan yang ‘Projek Mega’ yang dibinanya semenjak empat tahun dulu diharap membuahkan hasil pada musim ini. Projek ini lah juga menyebabkan Wenger menolak tawaran untuk melatih Real Madrid kerana beliau percaya yang anak-anak buahnya yang muda ( sekitar 23 tahun) ini akan mencabar kejuaraan BPL pada musim ini.

Memang game 1.30 pagi semalam tak membosankan. Sepatutnya cikgu-cikgu sekolah sukan atau jurulatih bolasepak menjadikan tape perlawanan Arsenal sebagai suatu rujukan dengan ‘flair’ yang ditunjukkan sepanjang dalam perlawanan tersebut. Begitu juga phrase ‘ Size Dose Matter’ , ianya tak sesuai lagi digunakan kerana Arsenal mempunyai pemain yang playernya jauh lebih kecil tetapi mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi.

Arhh.. persetankan dengan khabar angin Faby akan ke Barca kerana semalam dia membuktikan yang dia memang berhak memakai lilitan Kapten The Gunners. 2 gol dan gerakan-gerakan yang menarik seharusnya memberikan petunjuk kepada Faby yang pasukan pada musim ini boleh pergi lebih jauh untuk musim ini. Begitu juga pemain lain, walaupun baru setahun jagung, persembahan mereka amat membanggakan.

Kemenangan 6-1 semalam ke atas Everton seharusnya mampu menyuntik semangat pasukan untuk kembali merampas kejuaraan liga Perdana Inggeris pada musim ini…

KEPUTUSAN PENUH

EVERTON 1 (Saha) VS      ARSENAL 6 ( Denilson, Vermaelen, Gallas, Fabregas 2X, Eduardo)

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha