Alhamdulillah.. Marhaban Ya Ramadhan…
Salam Ramadhan buat semua pembaca Blog ini..
Entah mengapa Ramadhan ini sungguh bermakna dan tekad untuk memastikan ibadah puasa tahun ini lebih bagus daripada yang sebelumnya lebih jitu. Lebih bermakna juga kepada Renjuna, kerana Ramadhan ini dapat dimulakan bersama Ibu tersayang di mana pada ketika entry ini di tulis, Renjuna berada di Kampung dan baru sahaja lepas berterawih bersama-sama di masjid.
Selain daripada itu, Ramadhan 1430-H ini merupakan Ramadhan yang pertama di rumah baru. Kami telah seminggu bertungkus lumus membersihkan rumah dan membuat ‘spring cleaning’ sambil mengharapkan cahaya ramadhan melimpahi rumah kami. Jadi semua angle telah dipersiapkan..
Semoga diri ini dan keluarga dapat menongkah arus nafsu agar ’Universiti Ramadhan’ (pinjam kata2 sahabat, Ust H.A.K) kali ini membuahkan kejayaan yang cemerlang dan menjadikan peningkatan untuk beribadah tidak hanya terhad kepada Ramadhan sahaja tetapi lebih daripada itu dan sehingga ke akhir hayat.. InsyaAllah.
Sekali Lagi Buat Semua…. SALAM RAMADHAN…
Follow me on Twitter
Bebelan….