Petang semalam SPR mengumumkan pilihanraya kecil bagi kerusi N. 11 Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos 2009, manakala penamaan calon akan diadakan pada hari Isnin 26 Sya’ban 1430 / 17 Ogos 2009. Ini bermakna tempoh berkempen adalah selama 08 hari. Kerusi N. 11 Permatang Pasir terletak didalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang turut mengalami pilihanraya kecil apabila Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan. Pilihanraya kecil Permatang Pauh dimenangi oleh Ketua Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan majoriti yang meningkat.
Parlimen Permatang Pauh turut mengalami pilihanraya kecil sekali lagi apabila mantan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Ahmad Fairuz mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada Timbalan Ketua Perhubungan Negeri PKR Sdr. Mansor memenangi kerusi tersebut. PRK Penanti menyaksikan buat pertama kalinya dalam sejarah apabila BN tidak meletakkan sebarang calon, memberikan kemenangan mudah kepada YB Mansor yang kini mengambil alih jawatan TKM II Pulau Pinang. Cuma kerusi DUN Seberang Jaya sahaja dalam Parlimen Permatang Pauh yang belum mengalami pilihanraya kecil. Kerusi tersebut disandang oleh YB Datuk Mohd. Ariff Shah daripada UMNO.
Pilihanraya kecil N. 11 menyaksikan pengundian akan diadakan pada bulan puasa iaitu pada 04 Ramadhan 1430. Kerusi yang disandang oleh PAS tersebut sejak Allahyarham Datuk Hamdan Abdul Rahman memenanginya pada pilihanraya ke 11 tahun 1999. Beberapa nama tokoh PAS telah ditonjolkan, namun calon terkini atau masakini ialah Sdr. Mohamad bin Sabu, bekas Naib Presiden PAS yang lebih terkenal dengan panggilan Abang Mat Sabu.
Walau apapun.. kita tak payahlah berteka-teki siapa calonnya. BN akan menamakan calonnya Jumaat ini dan sudah pastilah calon PAS akan menyusul jua nanti. Jadi.. tunggulah info seterusnya…..
Bebelan….