For the last two days gua pening memikirkan kenapa itunes tak leh nak access…. dah kering semua idea dan ilmu digunakan tapi tak jugak-jugak dapat resolve… banyak jugak lah website yang telah di google-kan dan hasilnya memang menghampakan…. selama 2 hari tu gua guna i-phone yang ‘standard’…. tak ada modification langsung …. cuba korang bayangkan kalau bawa keta yang standard … tak best kan.. macam toya jer kan..

… and then this morning baru gua perasan yang untuk selama masa tu, gua access itunes guna laptop office ( tapi bukan waktu opis hour okkk)…. kelebihan laptop ni ialah, my company dah ‘tanamkan’ kat dalam tu sejenis macam firewall atau proxy atau aper mende nama pun aku tak tahu… TU LAH penyebab kenapa  gua tak boleh nak Access itunes….

So this morning…. gua dah disablekan FIREWALL tu, jadi semua settle la..

APA lagi ………macam tak ada kerja lain la lepas tu… asyik mendownload FREE application dan FREE games jer kerjanya (yang ni mengaku guna lappy office but guna Broadband) … macam-macam benda dah di download… tunggulah malam nanti…. mahu berebut ngan anak nak main games melalui iphone

 

Selepas hanya menunggu selama 9 hari iaitu membuat booking… last friday, saya terima call dari MAxiS yang memaklumkan dah boleh pick-up i-phone dekat Maxis Centre….. cepatnya sampai..sebab sebelum tu banyak member2 bagitahu yang kena tunggu almost 2 bulan baru dapat.. So petang tu jugak kitorang berangkat untuk pick-up that iphone….

Damaged = RM 2.4 k (32gigs + 2 years plan)  …. but the features made me feel that the figure is small…. ( bukan dasar org kaya, tapi selepas tu baru tahu yang aku ni bukanlah orang korporat sebab sebelum tu pakai PDA pun … tak utilise betul2….) … ni apaabila dah pakai i-phone , asyik2 nak ambil gambar, nak ambik video jer kerjanya…. fesbuk pun banyak jugak… tu belum banyak belajar lagi tu dengan iphone,,, kalau dah terer tak tahulah camner… mahu update blog pun guna iphone jugak…

Tapi sekarang ni itunes yang masalah la pulak …. takleh nak bukak.. account dah create … tapi time nak browse dia punya store, terus kluar macam internet connection lost… ada apa2 idea kawan-kawan camner nak resolve this….?

 

Semenjak dua menjak ni terlalu banyak open house dan jamuan hari raya kat Pejabat dan rumah-rumah kenalan. Bermula dengan kenduri kawen yang berlambak selepas raya hari tu dan seterusnya jamuan hari raya merayakan kemenangan pada Ramadhan yang lepas. Rakyat Malaysia amnya beraya selama sebulan, walhal Islam hanya sehari sahaja iaitu pada 1 Syawal berbanding tiga hari pada Aidil-adha. ini dapat dibuktikan dengan laungan takbir raya yang memang kita amalkan macam tu.

Minggu depan juga memungkinkan jamuan hari raya ini yang masih tiada surutnya. Jemputan pada 11, 12, 13 dan 14 Oktober telah sampai melalui email dan sms. Ambo juga ingin sama-sama berkongsi pemberian dan anugerah daripada Allah dengan kawan-kawan sekelian iaitu pada 9hb Oktober nanti di rumah ambo dengan Dungun, Terengganu. Jadi sesiapa yang berkelapangan pada hari tersebut, jemputlah beraya di rumah selepas Jumaat. ( hari tersebut juga merupakan hari lahir anakanda sulung ambo yang menjangkau 5 tahun jumaat nanti).

Begitulah kita … beraya sakan dan saya teringat dalam suatu ceramah ustaz Azhar Idrus menyatakan yang kita pada hari ini pada bulan Sya’aban lebih menantikan kedatangan hari raya pada Syawal jika dibandingkan dengan kedatangan Ramadhan itu sendiri… Nauzubillah , pedoman untuk diri sendiri agar tak termasuk dalam golongan yang pertama itu.

Nota Kaki: Tapi kelakarlah pulak sebab tempahan untuk baju raya dah ditutup pada bulan Syaaban… jadi still kena beli pada bulan Rejab…. ( : ) memang ini menunjukkan Syawal juga yang kita semua sibukkan …. )

 

Semalam terdapat satu ucapan yang pada pendapat ambo sangatlah menunjukkan pemberi ucapan itu tidak cukup knowledgeable tentang Malaysia. Walaupun si pemberi ucapan tersebut sepatutnya menjadi orang yang tahu tentang keadaan sebenarnya kerana itulah yang dituntut dalam agama kepada pemimpin-pemimpin yang di lantik di muka bumi ini.

“ If we go to Kelantan, we will be able to see how backward the state governed by PAS is. It also among the poorest states in the country,”

atau dalam bahasa melayunya berbunyi :-

” Kalau kita ke Negeri Kelantan, kita akan dapat melihat terkebelakangnya negeri tersebut yang di terajui oleh PAS. Kelantan juga merupakan antara negeri yang termiskin dalam negara ini, “

Sebagai anak Kelantan, pendapat ini sangatlah menunjukkan ketidak-bijakkan penuturnya… menyalahkan kemiskinan atas dasar pemerintah yang berbeza ideologi juga bukan juga suatu idea yang baik.

Kalau nak tahu kaya atau tidak senang sahaja.. sebab ukuran kekayaan boleh juga dikira berdasarkan penetap atau permastautin negeri tersebut. Sepertia kata salah seorang pemimpin PAS.. Tuan-tuan kalau nak tahu negeri mana yang kaya, nah pergi kira berapa bilangan rumah banglo di Pagoh dan sebut sahaja satu daerah di Kelantan misalnya Bachok atau Tumpat.

Begitu juga dengan hak royalti minyak yang sudah terang lagi bersuluh….

begitu juga laporan pendapatan isi rumah yang dibuat pada 2004, negeri termiskin ialah (1) Sabah, (2) Terengganu, (3) Perak, (4) Sarawak, (5) Kedah, (6) Kelantan..

Ambo sebenarnya bangga dengan negeri kelantan. Walaupun negeri Kelantan disekat dengan bermacam-macam sekatan..namun Kelantan masih lagi mentadbir dengan baik hingga sekarang.. lihat sahaja bukti data kemiskinan, Kelantan bukannya negeri paling miskin rakyatnya..

Jadi tuan/puan yang budiman.. miskin kah Kelantan  ?

 

Pasukan Kelantan berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya apabila mengekalkan rekod kemenangan ke empat berturut-turut semalam di Stadium keramat, Stadium Sultan Muhamed ke-IV. Perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan semalam menemukan Kelantan dengan Pulau Pinang yang begitu berkobar-kobar setelah berjaya menundukkan Kedah tempoh hari di gelanggang lawan. Kemenangan Kelantan di hadapan 25,000 penyokong setia mereka memberikan momentum tambahan untuk mengharungi suku akhir Piala Malaysia nanti.

Kemenangan 2 gol berbalas 1 hasil dari jaringan Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahyuddin juga berjaya mengekalkan rekod kemenagan kepada Jurulatih B Sathianathan dan ianya juga memberikan peluang kepada 3 pasukan lain di dalam kumpulan untuk mara ke suku akhir. Terdapat dua lagi baki perlawanan kumpulan sebelum pasukan yang layak berentap di peringkat suku akhir secara perlawanan timbal balas.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha