Memang semua akan mengatakan yang ianya adalah nasib semata-mata. Menang sebijik dengan gol pada masa kecederaan. Tapi itulah bolasepak, lawan team kuat akan main bagus atau ada sentuhan penyudah yang berkesan dan kalau lawan bukan geng hebat… nak score sebijik pun macam nak terberak. Tapi apa yang penting, misi mengutip tiga mata penuh di Selayang dalam perlawanan ketiga saingan Piala Malaysia berjaya diterjemahkan Kelantan apabila menundukkan pasukan tuan rumah, Angkatan tentera Malaysia (ATM) dengan jaringan 2-1.

Dengan kemenangan ini, Kelantan atau Red Warrior menoktahkan sebagai pendahulu Kumpulan E kerana satu lagi pasukan pilihan iaitu Kedah tersungkur lagi di tempat sendiri. Kemenangan tadi juga memberikan Kelantan sembilan mata maksimum meninggalkan pasukan lain dalam kumpulan E. Gol kemenangan jaringan Norfarhan Mohamed pada saat-saat akhir membuatkan sepuluh ribu penyokong yang membanjiri stadium Selayang melonjak-lonjak kegembiraan menyambut jaringan tersebut.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Kaptennya, Indra pada minit ke 20 melalui sepakan penalti selepas Pa’an dijatuhkan oleh pemain ATM.  Dalam keseronokan / kealpaan itu pula sejurus sebelum wisel rehat dibunyikan, ATM berjaya menyamakan kedudukan melalui satu serangan balas yang pantas.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha