Semenjak dua menjak ni terlalu banyak open house dan jamuan hari raya kat Pejabat dan rumah-rumah kenalan. Bermula dengan kenduri kawen yang berlambak selepas raya hari tu dan seterusnya jamuan hari raya merayakan kemenangan pada Ramadhan yang lepas. Rakyat Malaysia amnya beraya selama sebulan, walhal Islam hanya sehari sahaja iaitu pada 1 Syawal berbanding tiga hari pada Aidil-adha. ini dapat dibuktikan dengan laungan takbir raya yang memang kita amalkan macam tu.

Minggu depan juga memungkinkan jamuan hari raya ini yang masih tiada surutnya. Jemputan pada 11, 12, 13 dan 14 Oktober telah sampai melalui email dan sms. Ambo juga ingin sama-sama berkongsi pemberian dan anugerah daripada Allah dengan kawan-kawan sekelian iaitu pada 9hb Oktober nanti di rumah ambo dengan Dungun, Terengganu. Jadi sesiapa yang berkelapangan pada hari tersebut, jemputlah beraya di rumah selepas Jumaat. ( hari tersebut juga merupakan hari lahir anakanda sulung ambo yang menjangkau 5 tahun jumaat nanti).

Begitulah kita … beraya sakan dan saya teringat dalam suatu ceramah ustaz Azhar Idrus menyatakan yang kita pada hari ini pada bulan Sya’aban lebih menantikan kedatangan hari raya pada Syawal jika dibandingkan dengan kedatangan Ramadhan itu sendiri… Nauzubillah , pedoman untuk diri sendiri agar tak termasuk dalam golongan yang pertama itu.

Nota Kaki: Tapi kelakarlah pulak sebab tempahan untuk baju raya dah ditutup pada bulan Syaaban… jadi still kena beli pada bulan Rejab…. ( : ) memang ini menunjukkan Syawal juga yang kita semua sibukkan …. )

 

Semalam terdapat satu ucapan yang pada pendapat ambo sangatlah menunjukkan pemberi ucapan itu tidak cukup knowledgeable tentang Malaysia. Walaupun si pemberi ucapan tersebut sepatutnya menjadi orang yang tahu tentang keadaan sebenarnya kerana itulah yang dituntut dalam agama kepada pemimpin-pemimpin yang di lantik di muka bumi ini.

“ If we go to Kelantan, we will be able to see how backward the state governed by PAS is. It also among the poorest states in the country,”

atau dalam bahasa melayunya berbunyi :-

” Kalau kita ke Negeri Kelantan, kita akan dapat melihat terkebelakangnya negeri tersebut yang di terajui oleh PAS. Kelantan juga merupakan antara negeri yang termiskin dalam negara ini, “

Sebagai anak Kelantan, pendapat ini sangatlah menunjukkan ketidak-bijakkan penuturnya… menyalahkan kemiskinan atas dasar pemerintah yang berbeza ideologi juga bukan juga suatu idea yang baik.

Kalau nak tahu kaya atau tidak senang sahaja.. sebab ukuran kekayaan boleh juga dikira berdasarkan penetap atau permastautin negeri tersebut. Sepertia kata salah seorang pemimpin PAS.. Tuan-tuan kalau nak tahu negeri mana yang kaya, nah pergi kira berapa bilangan rumah banglo di Pagoh dan sebut sahaja satu daerah di Kelantan misalnya Bachok atau Tumpat.

Begitu juga dengan hak royalti minyak yang sudah terang lagi bersuluh….

begitu juga laporan pendapatan isi rumah yang dibuat pada 2004, negeri termiskin ialah (1) Sabah, (2) Terengganu, (3) Perak, (4) Sarawak, (5) Kedah, (6) Kelantan..

Ambo sebenarnya bangga dengan negeri kelantan. Walaupun negeri Kelantan disekat dengan bermacam-macam sekatan..namun Kelantan masih lagi mentadbir dengan baik hingga sekarang.. lihat sahaja bukti data kemiskinan, Kelantan bukannya negeri paling miskin rakyatnya..

Jadi tuan/puan yang budiman.. miskin kah Kelantan  ?

 

Pasukan Kelantan berjaya mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Malaysia dengan bergaya apabila mengekalkan rekod kemenangan ke empat berturut-turut semalam di Stadium keramat, Stadium Sultan Muhamed ke-IV. Perlawanan pusingan kedua peringkat kumpulan semalam menemukan Kelantan dengan Pulau Pinang yang begitu berkobar-kobar setelah berjaya menundukkan Kedah tempoh hari di gelanggang lawan. Kemenangan Kelantan di hadapan 25,000 penyokong setia mereka memberikan momentum tambahan untuk mengharungi suku akhir Piala Malaysia nanti.

Kemenangan 2 gol berbalas 1 hasil dari jaringan Khalid Jamlus dan Indra Putra Mahyuddin juga berjaya mengekalkan rekod kemenagan kepada Jurulatih B Sathianathan dan ianya juga memberikan peluang kepada 3 pasukan lain di dalam kumpulan untuk mara ke suku akhir. Terdapat dua lagi baki perlawanan kumpulan sebelum pasukan yang layak berentap di peringkat suku akhir secara perlawanan timbal balas.

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha