
Red Warriors akan membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini. Semalam di Stadium Utama Negeri, Kangar, Kelantan melupakan kehilangan sementara Indra Putra kerana menjalani pergantungan satu perlawanan apabila membenam Perlis 3-1. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan apabila meledak hatrik manakala gol tunggal Perlis dihasilkan menerusi Firdaus Faudzi. Kemenangan itu menyaksikan Kelantan mara dengan agregat 5-1 selepas menang 2-0 minggu lalu.
Kemaraan bersejarah dalam tempoh 39 tahun itu walaubagaimanapun sedikit cacat dengan kekacauan oleh penyokong Perlis yang membaling objek-objek keras kepada penyokong dan bas-bas rombongan penyokong Kelantan. ( dan Paper hari ini langsung tidak memaklumkan kejadian yang memalukan ini)…..
Follow me on Twitter
Bebelan….