
Setelah menunggu hampir 5 tahun semenjak Majlis Pecah Tanahnya yang dilakukan oleh YB Dato Idris Jusoh iaitu Menteri Besar Terengganu ketika itu dan kemudian pembukaan yang dilakukan oleh YB Datuk Awang Tera, MESRA MALL di Kerteh kembali ‘hidup’ walaupun musim dan suasana tengkujuh yang agak teruk melanda Terengganu sekarang.
Pembukaan U-Bowl iaitu Bowling Centre dan yang akan dibuka 27 November 2009 nanti, Pasaraya Besar TMC ( ‘menggantikan’ Pasaraya GIANTS) terbukti telah menjadi talian hayat kepada kawasan Kemaman/Kerteh amnya dan MESRA MALL khasnya. Bermacam-macam cerita telah timbul akibat kelewatan pembukaan Pasaraya tersebut dan bermacam-macam telahan telah dibuat. Namun, sempena Aidiladha yang akan tiba nanti, kita tak payahlah mengungkit-ungkit kisah yang lama kerana apa yang penting ianya telah sedia untuk dibuka. Anggaplah tempoh menunggu tersebut sebagai ‘PENGORBANAN’ yang perlu dibayar dan jadikanlah PRU akan datang nanti sebagai medan pemutus bicara.
Ditambah pula dengan cuti sekolah yang telah seminggu berlalu, MESRA MALL telah hidup kembali dengan Food Courtnya kembali penuh dan pengunjung sekarang terpaksa mencari-mencari parking walaupun sebelum itu, mencari parking adalah sangat mudah seperti memakan MAMEE sahaja sebenarnya.
Walaupun semua tahu yang TMC dan GIANT adalah satu proksi.. dan ada yang keliru tentang kisah di sebalik penukaran nama tersebut, abaikanlah persoalan tersebut di minda anda sekelian kerana yang paling penting, dengan pembukaan TMC ini memberikan persaingan yang sihat kepada peniaga dan menjadikan pilihan pengguna/pembeli menjadi lebih banyak .
Semua telah sedia maklum yang sebelum ini, harga barangan di Kerteh/Kemaman setaraf dengan Bandaraya-Bandaraya besar.. harganya……fulamak.. mahu pokai semua pengguna/pembeli tetapi disebabkan buying power yang agak gah oleh komuniti industri oil dan gas, maka ramai peniaga masih lagi menaikkan harga sesuka hati. Jikalau anda makan nasi campur, jangan terkejut dengan harga sepinggang nasi dan minuman boleh mencecah RM 7.00 dan begitu juga harga ikan kembung boleh mencecah RM 12.00 / kg.
Oleh itu dengan pembukaan TMC ini, ianya diharap dapat menstabilkan sedikit harga barang terutamanya bahan mentah. Begitu juga dengan industry makanan (F&B) yang sekilas pandang seperti mencekik darah pengguna.
Selain daripada itu, isu peniaga-peniaga kecil yang mungkin tertindas melawan gergasi-gergasi besar dijangka akan timbul selepas ini. Buat peniaga, anggaplah ini sebagai lumrah perniagaan, ada pasang dan ada surut dan apa yang paling penting, peniaga-peniaga ini patut berfikir diluar kotak dan tampil dengan strategi perniagaan masing-masing yang diharap dapat memajukan perniagaan. Saya percaya, peniaga seperti L-Mart dan R-Tinie tidak akan terjejas sekiranya dapat menarik pengguna dengan idea-idea menarik.
Akhirnya, kita sebagai pengguna dan komuniti di sini patut berfikir secara positif dengan pembukaan TMC ini dan contoh yang terbaik ialah ianya akan dapat memberikan peluang perkerjaan yang banyak kepada penduduk tempatan dan ianya juga dapat membantu sektor-sektor lain dalam sama-sama menjana ekonomi tempatan.
Buat muslimin muslimat semua pula, jangan lah anda terlalu teruja dengan pembukaan TMC dan terlalu seronok bermain bowling hingga mengabaikan kewajipan kita kepadaNya. Ini adalah kerana adalah menjadi satu fardu kifayah untuk kita membantu saudara seagama dan tutupnya/lingkupnya business saudara kita kerana kita terlalu mendewakan ‘yang lain’ boleh mengundang murkaNya.
Akhir kata, SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA…
Follow me on Twitter
wow
free??
pengorbanan?
menarik artikel ni
tanx for sharing
Yeaaa Mesra Mall dah ada pasaraya! Akhirnya tempat perabih pitih dah ada. Dalam seminggu 2 pembukaan TMC ni, tempat parking hampir penuh, menakjubkan.
Tinggal TGV (yang melalaikan) je lagi takde kat mesra mall. Lepas tu lengkaplah Mesra Mall & gah seluruh Terengganu. Cant wait for it.
Salam..okla tu TMC… Marilah cuba “Supermarket” HPA bagi menjana produk sihat dan halal..Mcm-mcm ada… Sambil beli sambil kutip keuntungan untuk diri sendiri.
kurang2 bil MESRA MALL dah buka kat trg ni,ada la juga tempat nank jejalan….ada TGV n BOWLING buat org trg buka mat n luas permandangan..
Assalamualaikum,kadang2 aku x paham dengan melayu + islam mula2 kutuk kerate buatan malaysia x elok last2 beli jugak..betul-betul x paham dengan orang melayu walaupun aku sendiri melayu,apa yang orang buat pasti ada x kena n last2 akan hadirkan diri jugak yang mana tempat yang selalu dikutuk..heran2 melayu oh melayu