Sebenarnya entry ni dah lama kat dalam kepala nih tapi disebab laptop ‘kong’, ia nya hanya terperap dalam memori saje. So, hari ni 9 haribulan Januari barulah ada masa untuk meng-uploadkan dalam blog yang juga telah lama tak terusik.

So, permulaan tahun sudah tentunya semua akan bercakap tentang New Year Resolution atau azam tahun baru, dan ianya tak lari untuk saya. Mempunyai resolutionnya sendiri walaupun belum tentunya akan terkabul. Jadi disebabkan oleh kecemerlangan seseorang diukur dari segi percentage markahnya, maka saya telah meng-listkan sebanyak mungkin new year mission (lebih 30) yang diharapkan pada akhir tahun nanti bolehlah saya anggap ianya telah accomplished.

Seperti biasa, kebanyakkan dalam listnya berkisar tentang skill yang nak dimiliki pada akhir tahun, dan fyi, saya belajar Autocadd dan Photoshop secara sendiri dan ianya bermula dengan new year resolution juga.. Jadi kepada anda semua, biarkan apa orang lain nak kata, buatlah semua list yang anda nak capai pada tahun ini dan tulislah pada suatu tempat yang orang tak boleh tengok tetapi anda oleh menatapnya 2-5 kali seminggu.

Perkara kedua yang anda patut tahu juga yang step seterusnya ialah anda patut membuat langkah-langkah untuk mencapai azam tersebut. Contohnya nak belajar Autocadd, kita mesti ada CD (walaupun pirate) dan buku panduannya.. Dan langkah terahir mesti buat walapun sedikit. Contoh pada saya ialah semasa belajar Autocadd secara sendiri, saya belajar untuk buat Garisan saja… ada garisan kecik dan ada satu garisan besar. Selepas beberapa lama, dengan sendirinya saya ingin mempelajari step yang lain dan sehingga hari ini menyebabkan saya boleh menggunkan software Autocad. Selain daripda itu, bagi memberi lebih motivasi ialah dengan memberikan token kepada diri sendiri, selepas mencapai objektif2 yang kecik itu. Contohnya , selepas pandai lukis pelan bangunan secara ’scaling’ dengan software Autocad, saya menghadiahkan kepada diri sendiri sehelai baju branded.. ( sebagai contoh)

Jadi untuk anda bagaimana pula dengan azam tahun baru… harap boleh menulisnya dan sama-samalah kita berusaha untuk mencapainya..

p/s:

a.janganlah pulak resolution yang tak tercapai dek akal… contohnya nak ke bulan…dan kalau boleh listkan item yang anda boleh capai dalam tempoh kurang 6 bulan bagi setiap satu.

b. Contoh resolution saya tahun ni : nak kurangkan berat badan ke 68kg ……… nak pandai masak western food…. dll