Fully Half Emty Story of Renjuna
Sir Alex Ferguson sekali lagi menyalahkan pengadil apabila Fletcher dikenakan tindakan buang padang akibat layangan dua kad kuning dalam perlawanan tempoh hari. Keputusan seri juga lebih melukakan hatinya yang secara matematiknya memberi kelebihan kepada Chelsea. Selepas beberapa ulasan yang menyedihkan kepada pengadil terutamanya Alan Wiley yang beliau anggap hanya berjalan kaki menghabiskan sisa masa ketika satu perlawanan melibatkan pasukan Red Devils.
FA England sepatutnya lebih bertegas dengan Pak Alex. Pergantungan 3 atau 5 perlawanan memang wajar bagi menjaga maruah individu dan dalam kes ini adalah pengadil. Satu cara lain ialah dengan memaksa Pak Alex membuat kerja-kerja kebajikan ataupun hantar terus ke kem PLKN di Setiu Agro Resort. Cubalah anda fikir akan kewarasan orang-orang komplen tentang suatu keputusan yang perlu dibuat dalam ’split second’ yang sudah tentunya ada yang betul atau salah. Kalau kita berfikiran wajar pula, apa kata Pak Alex sekiranya ada makhluk manusia yang mengatakan Pak Alex sebenarnya sudah rabun dan tak mampu menilai mana intan dan yang mana permata atau yang mana kaca sebenarnya, … dalilnya..
CARLOS TEVEZ yang dulu ternanti-nanti tawaran Man United telah berpindah ke Man City telah menjaringkan 10 gol dalam 7 games sedangkan Berbatov dan Owen terganga-nganga mengejar bola…
I am nobody who will become somebody when I wanna be
Leave a reply