Wah … dah bersarang labah-labah dah Blog ni… hampir 4 bulan terbiar tanpa tuan punya nya menjenguk.. mintak-mintakla takde lagi jin yang bersarang kat sini… Dan kerna itulah, tajuk entry ni ‘Tumpang Lalu’ .. takut-takut ada jin yang dah buat sarang kat sini dan oleh itu perlu lah aku minta kebenaran jugak walaupun ini adalah wilayah aku sendiri.

Sebenarnya banyak benda yang terjadi yang ‘worth’ untuk di sharekan dalam tempoh 3-4 bulan ni tapi seperti juga penulis licik yang lain… kadang-kadang kita ni (penulis la..cewahh) memerlukan satu ruang yang tak semua orang akan faham (termasuklah ngko yang tengah baca ni) iaitu untuk bersendirian melayani metafora (sumpah ngko jugak tak tahu apa maksud nihh) alam…

Perubahan yang paling ketara dalam 3-4 bulan ni ialah aku semakin gemuk …. kerja semakin banyak kat opis dan semakin membosankan dan ada la dua tiga benda lagi yang memang takleh nak share dengan korang.

Yang tak berubah pulak ialah pakcik/makcik kantin still orang yang sama (termasuklah menu dia tiap-tiap hari)… , workstation masih sama, kerja lebih kurang sama, wife masih lagi sama ( hehheee.. sumpah tak nak yang lain sebenarnya… (kalau boleh nak tambah jer))… dan yang paling tak berubah ialah GAJI aku jerkkk (lambatnya bulan July nihh).

Yang-yang paling aku heran sekali ialah BLOG AKU …. walaupun tak update .. hits nya still lagi minimum seribu-dua untuk tempoh satu minggu … and surely geng.. akhir tahun ni, akan sentuh CENTURY mark.. KOnfemm dengan World Cup yang akan tiba (makanan aku ni) dan musim menulis ( ingat mengawan jer ker ada musim) juga sampai tak lama lagi… Pada sapa-sapa yang ikut blog ni dari awal, tentu diorang masih ingat yang penulis licik macam aku ni boleh tulis 3-4 entry dalam satu hari..

Sebenarnya, pe’merapu’an yang kat atas tu sebenarnya bukan apa.. hanya nak menyedapkan hati setelah lama membiarkan blog ini gersang tanpa entry-entry yang hebat. Namun aku jugak sedar yang sebenarnya rakan-rakan se-blog-angkatan dengan aku juga menyepi seribu bahasa.. blog langsung tak terusik compare dengan aku yang walaupun tak terusik … tapi hitnya tetap bertambah tinggi..

oleh itu …. Kudos untuk aku ( masuk bakul angkat sendiri punya ‘mode’)

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha