• Sharebar

 

Bukan suatu yang hebat apabila pulang dari suatu perjalanan yang jauh tanpa membawa sesuatu hasil. itulah yang perkara yang terakhir dalam fikiran para pemancing apabila beredar dari ‘lubuk’ tanpa membawa hasil tangkapan menuju destinasi pulang. Namun begitu hari minggu yang lepas, ekspedisi memancing di Lubuk ikan Taman Negara melalui pengkalan Jenagor, Kenyir begitu menjengkelkan rombongan kami. Apa taknya, rombongan seramai 30 orang yang semuanya dah akil baligh hanya mampu mampu memenuhi separuh tong ‘Coleman’. Berpuluh-puluh batang pancing hanya berjaya mendaratkan spesies-spesies yang hanya layak untuk dilepaskan semula bagi memelihara ekologi ikan di Tasik Buatan Manusia terbesar di Asia itu.

Perjalanan yang dirasakan agak jauh bermula dari jam 6.30 pagi waktu tempatan (di kerteh) dan hanya sampai di ‘Lubuk’ ikan di Kenyir pada jam 3.00 petang. Menempuhi perjalanan bot selama hampir 5 jam dari Pengkalan Jenagor mengakibatkan kongkongan adrenalin yang hebat apabila sampai di lubuk sementelaah lagi melihat beratus dan mungkin beribu ikan lampan menyambut ketibaan kami apabila juragan melabuhkan sauh menandakan rasminya kami tiba ke lubuk pemancing yang memang terkenal itu. Melihat persekitaran yang penuh dengan bot-bot lain yang lebih kurang 7 buah disekitar kawasan tersebut membuatkan aqal berfikir secara logik tentang keseronokan memancing yang akan dirasai nanti.

Dedak ditabur …….  kelapa sawit peram dicurah bagi mengundang species yang hebat menghampiri bot kami…..  Rod dikeluarkan…….. mata kail disangkut umpan….  gewang dingilatkan …….  HASIL = menghampakan.

Benarlah kata beberapa penulis blog yang pernah memasuki alam Kenyir… ikan yang banyak memang bukan untuk dikail dan hanyalah untuk tatapan semata-mata. Melihat sebarau dan toman dengan kibasan ekor atau badan yang lembut laksana gemalai penari zapin tradisional itu hanyalah sebagai memenuhi impian pemancing menonton pertunjukkan spesis air tawar yang boleh dikatakan jinak jika dibandingkan dengan spesis di lautan yang terkenal dengan renjutan-renjutan yang boleh melemahkan urat perut si penarik kekili.

Kejadian ikan tidak memakan umpan atau menerkam kelibat gewang bagi RENJUNA bukanlah sesuatu yang agak pelik. Ini terpalit pula dengan pemberian rezeki dari Nya. Begitu juga dengan dengan nasib sipemancing yang memang diakui boleh berubah sekelip mata. Ada yang menunggu lebih separuh hari, barulah dapat hasil seekor dan ada yang hanya menunggu dua minit untuk mendapatkan hasil yang serupa.

Kebaikan yang nyata hasil daripada ekspedisi ini ialah satu sahaja: Jikalau macam itulah pe’el ikan di Taman Negara Tasik Kenyir, untunglah generasi yang akan datang, kerana mereka akan dapat melihat beberapa spesis yang memang terancam seperti kelah, toman, tapah, baung, etc. Ikan memang akan membiak dan pemancing hanyalah mampu membaling umpan. Kombinasi yang hebat inilah akan memperbesarkan lagi ekologi hidupan air tawar di kawasan Tasik Kenyir tersebut.

Bagi RENJUNA, sebagai pemancing yang levelnya bawah lagi dari kelab semi pro yang gelanggang sebenarnya adalah di Laut, kegagalan trip pertama di Kenyir hanyalah suatu deheman yang kecil kerana adat si pemancing, semakin payah ikan untuk dipancing…. semakin kuat nafsu untuk memegang joran lagi …. trip yang lebih kecil sudah diatur…. masa telah ditetapkan….. perancangan sudah diatur….

KENYIR … nantikan kedatangan RENJUNA untuk kali ke dua…

Wassalam.

Nota :

Omongan di atas ditulis, setelah penulis membaca temubual eksklusif Mingguan Malaysia dengan Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said. Jadi penulis meminta maaf kerana bahasa yang berbunga-bunga inilah yang menjadi kehebatan bangsa Melayu. Kepada yang kurang faham, pergilah ambil peperiksaan BM Julai… Dan pada yang melihat adanya penggunaan prosa kata yang salah.. harap perbetulkan kerana RENJUNA bukanlah melayu sejati … (tetapi InsyaAllah seorang Islam yang sejati..InsyaAllah) 

 

Share

 Leave a Reply

(required)

(required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

   

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha