Terpanggil untuk mencatit isu agama dan politik dalam blog Renjuna.com setelah sekian lama. Dahulunya politik menjadi suatu bahan tipikal apabila anda membaca blog ini yang seringkali bersilih dengan isu-isu sukan, isu kepimpinan(leadership) dan sekecilnya pula isu peribadi penulis. Dalam 20 hari ini, Rahmat Ramadhan semakin berkat dengan perubahan diri Renjuna yang agak major. Akhirat melebihi dunia (Ya.. Allah.. mohon padaMu supaya ianya berkekalan) dan keluarga menduduki ranking atas jika pemilihan dibuat antara kepentingan diri sendiri dan keluarga. Anak-anak menjadi ‘dengar kata’, isteri lebih perihatin dan memahami dan rumahtangga seperti di alam impian dengan kita menjadi nakhodanya berkat kerahmatan Ramadhan. (jangan pula bersangka buruk yang sebelum ni tak OK yer… cuma Ramadhan ini lebih baik.. tu jer)
Namum begitu, Renjuna ingat pembaca sedia maklum yang dalam minggu ini isu wakil Rakyat DAP (seorang bukan muslim) memasuki kawasan sembahyang di dalam surau dan masjid. Renjuna tidak mahu menulis dengan lebih terperinci dan menyebut namanya kerana media massa telah menerbitkan isu ini dengan rakusnya sehinggakan ada seorang sahabat Renjuna di Facebook telah menulis di statusnya yang isu ini diulas setiap jam di dalam kaca televisyen.
Renjuna membaca isu ini diulas dengan panjang lebar di dalam semua media. Namun beberapa perkara yang mengelirukan Renjuna yang kurang berilmu ini. Antaranya ialah statement Politik dan Agama tak boleh dicampur adukkan. Ini berbeza dengan peranan agama Islam iaitu Islam sebagai suatu cara hidup sebagai Ad-Din. Ini merungkaikan kerana politik juga sebenanya cara hidup kita… (bak kata orang putih.. Islam is the way of life).. Jadi alasan tidak boleh mencampur adukkan agama dan politik memang tak rasional la .. dan dengan ini kita boleh melihat justifikasi kita memilih parti yang berteraskan agama kita untuk kita sokong. At least paling kurang, apabila kita ditanya di akhirat kelak, parti mana yang kamu sokong dan menjadi pemerintah kamu ? .. kamu boleh menjawab dengan tenang yang kamu menyokong parti yang ingin menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini.
Berbalik kepada isu tadi, pada renjuna:-
a) Non muslim boleh memasuki masjid tetapi untuk niat yang baik dan mendapat keizinan pengurusan masjid.
b) Kalau niat berpolitik, jangankan non muslim, orang islam sendiri tidak dibenarkan bagi menjaga kesuciannya. Tetapi kalau kepentingan agama di atas, contohnya mengajak orang ke arah kebaikan.. dan menyeru menyokong orang-orang yang mengajak ke arah islam, ia dibenarkan . ( politik no2)
c) Sebenarnya hairan melihat Malaysian lebih kepada sesuatu yang attach pada nya dan bukan pada empunya diri itu sendiri yang mengajak orang lain ke arah kebaikan. Contohnya ialah Ustaz XYZ yang tak dibenarkan menjadi ahli forum disebabkan dia attach dengan parti politik lain walhal ilmu dia sebagai ustaz yang di damba masyarakat . (bukan pegangan pilitiknya)
d) isu menyampaikan ‘Tazkirah’ – suatu yang kelakar kerna tazkirah adalah taklimat/briefing yang berkaitan agama Islam.. (sudah tentu wakil rakyat tadi tak tahu sepatah haram pun pasal agama islam dan dalilnya dia bukan memberi tazkiran)
e) Bagaimana pula isu orang islam memasuki tempat ibadat yang lain seperti kuil, gereja, watt dan lain-lain?. Renjuna sebenarnya teringat kisah Khalifah Umar r.a yang pernah bersembahyang dalam gereja.
Bagi Renjuna, memang itulah adat manusia, menpergunakan agama untuk survivor politik dan kemudiannya melihat sesuatu benda dengan sebelah mata sahaja. Majlis Fatwa telah menjelaskan isu ini lama dahulu sebelum isu ini menjadi debatan hangat kita semua.
Buat semua.. jangan membuat hipotesis yang bercelaru.. kerana ia boleh mengakibatkan orang yang kurang ilmu seperti daku semakin bercelaru … Dan juga boleh memperligatkan anda yang menulis/membuat hipotesis sebagai seorang yang dungu.
oh ya… lagi nota MENGAPA ORANG BUKAN MUSLIM BOLEH MEMASUKI MASJID..
Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:
Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Uthal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”
Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.
Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.
Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.
Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.
Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.
Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.
Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.
Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Uthal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):
“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).
Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:
“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Uthal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)
Follow me on Twitter
Bebelan….