Saat entry ini ditulis, Muslimin dan muslimat di Malaysia menjengah hari ke empat berpuasa di Bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. Menghabiskan 30 merupakan sesuatu yang sangat bercelaru bagi yang tidak memahami kemuliaan Ramadhan dan 30 pula menjadi sangat singkat bagi yang ingin mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.
Alhamdulillah, hati ini berasa masa berlalu semakin pantas namum keraguan masih ada, antara keseronokan menghadapi Ramadhan atau ianya suatu dalil yang semakin mendekatkan kita kepada suatu hari yang dinamakan Hari Penyesalan iaitu di mana suatu hari yang semua umat manusia menyesal kerana tidak bebuat baik dan mengikuti ajaran yang sebenar semasa hidupnya di dunia.
Hari ke empat dengan baru menjenguk juzuz ke lima bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Terawih yang penuh setakat ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana sahabat yang mahsyur dengan kata-kata pedasnya pernah berkata. ” di akhir zaman nanti islam akan menjadi sesuatu yang asing kembali seperti permulaannya di di bumi Mekah. Jadi hendaklah engkau berada dalam golonngan yang sedikit itu (asing) ” itu lah sedikit kata-kata yang masih terpahat dalam minda ini.
jadi, another 26 hari yang masih ada. InsyaAllah, ianya perlu di isi dengan sepenuh-penuhnya. Dan semua perlu dipertingkatkan. Kurangkan hal keduniaan agar mendapat sesuatu yang hebat pada penghabisan Ramadhan nanti.
InsyaAllah … Ya Allah, berikanlah petunjuk dan hidayahMu dan Ampuni lah dosa hambaMu ini ..
Follow me on Twitter
Bebelan….