Update Terkini : 17 Mei 2012
Sebahagian LPT 2 dibuka esok – LLM
KUALA LUMPUR 17 Mei – Sebahagian Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2) dari persimpangan bertingkat Ajil ke persimpangan bertingkat Telemung di Terengganu dibuka kepada semua lalu lintas mulai pukul 10 pagi esok.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ismail Md Salleh berkata pembukaan jajaran sepanjang 21 kilometer itu membolehkan pengguna menikmati perjalanan terus ke Kuala Terengganu dengan had laju 110 kilometer sejam, tanpa henti.
“Ini secara tidak langsung memendekkan tempoh perjalanan dari 1 jam 30 minit kepada 40 minit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pembukaan sebahagian lebuhraya LPT 2 itu juga dapat mengurangkan kadar kesesakan di Jalan Persekutuan 14 pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti persekolahan.
Ismail berkata ia juga memberi alternatif kepada pengguna untuk perjalanan lebih cepat dan selesa selain menjana ekonomi di Pantai Timur. – BERNAMA
Berita baik :
- LPT fasa ke dua dibuka kepada semua kenderaan mulai 22 Ogos 2011 dan ianya memberi manfaat dengan memberi laluan percuma tanpa tol kepada semua pengguna laluan tersebut.
- Jadi senanglah orang pantai timur nak balik beraya nanti
Berita buruk :
- LPT 2 hanya boleh dilalui sepanjang 70km bermula dari persimpangan Bukit Besi hingga Pesimpangan Kuala Terengganu (kg. Gemuruh).
- Terdapat sepanjang 6KM jajaran lebuhraya ini yang belum diturap pada KM163 iaitu sebelum memasuki persimpangan Bukit Payong tetapi masih boleh dilalui.Kawasan Rehat,Hentian Sebelah,Stesen Minyak dan Plaza Tol adalah dlm fasa pembinaan.
Berita baik / buruk :
- Lebuhraya ini direkabentuk pada kelajuan 120km/j pada laluan utama(Mainline). Namun had laju kebangsaan bagi lebuhraya adalah 110km/j. Manakala di jalan susur keluar, kelajuan rekabentuk adalah 90km/j dan persimpangan pada kelajuan 50km/j. Lebuhraya ini adalah 4 lorong dua hala dengan lebar bagi setiap lorong adalah 3.75m dan bahu jalan adalah 3m. Super-elevation maksimum pada kadar 5% di laluan utama. Lebuhraya ini direkabentuk bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada pengguna
Berita tak baik dan lagi buruk :
- Lain-lain pakej tak tahu la bila nak buka-nya, terutama dari susur keluar Jabor hingga ke Bukit Besi sebab kalau nak dikirakan, pakej inilah yang paling penting sebab banyak menempatkan kawasan kemalangan maut dan juga traffic light yang melenguhkan jiwa sipemandu kereta.
Sumber : Facebook Rasmi LPT Fasa Dua



