Kadang-kadang perkara yang mengelirukan itu akan menjadi koleksi karya unggul si pengarahnya ( baca Woody Allen) . Jarang-jarang perceritaan yang latar dengan lagu-lagu runut bunyi yang mendatar memaparkan sebuah sebuah kisah yang indah dalam penceritaannya. Ironinya aktor yang banyak menghidangkan karya-karya yang lucu dan menggelikan hati juga hebat dalam memainkan watak ‘seni’ (baca Owen Wilson). Begitu juga Paris yang lebih dikenali sebagai ibukota cinta walhal ianya lebih banyak mencetuskan karya sastera.
Tapi seni adalah subjektif. Kadang-kadang ia mengikut arus semasa walaupun selalunya ia memberi kesan terus di minda penontonya. Ada yang terkesima dengan karya biasa dan ada yang melopong dengan karya-karya yang luar biasa. Tetapi paling banyak ialah mereka yang terpedaya dengan karya-karya yang sederhana.
Terjebak selama 90 minit menonton ketika keesokkannya akan menghadapi sesuatu yang besar tampak berbaloi dalam sebuah karya yang dicalonkan untuk filem terbaik Golden Globe tahun ini. Midnight In Paris bukan untuk mereka yang suka-suka. Ceritanya bukan seperti kisah Rambo yang tak lut dek senjata, bukan seperti kisah Spielberg yang selalu merentasi dimensi masa, tetapi sebuah kisah biasa dengan cinematography yang mantap dan plot yang hebat.
Follow me on Twitter
Bebelan….