
terasa terlalu lama aku sudah tak menulis di renjuna.com.
namun ianya berlaku atas dasar kesibukan duniawi yang semakin meminggirkan aku dari segala yang telah terbiasa dalam tujuh tahun kebelakangan ini. ianya bermula setelah aku memulakan tugasan yang baru dan jauh daripada segalanya yang telah aku rutin melaluinya setiap hari.
jauh… ianya tidaklah sejauh sudan atau turkmenistan .. atau ianya tidaklah sejauh sabah atau sarawak yang memerlukan ‘besi terbang’ untuk aku kembali ke pangkuan famili yang tersayang.
ianya hanya sejauh bandaraya johor bahru yang dahulunya tiada pernah terdetik untuk mencari rezeki di lembah yang terkenal seperti pantai lido.
pantai lido … aura-nya tiada lagi buat warga di sini. semangatnya telah hilang dek kerana penangan modenisasi. dan yang tinggal hanyalah neon danga bay sebagai penyeri negeri.
februari 2012, aku mula disini… meninggalkan famili demi menyahut panggilan pertiwi. dengan tugasan separuh kerajaan dan separuh swasta, ia mulanya agak keliru sambil hati cuba membandingkan segalanya. ada yang baik dan ada yang kurangnya. namum begitu, team di sini agak robust dan tiada yang tidak boleh dikatakan tidak. pengalaman yang baik untuk aku. never say no and everything can be done.
setelah dua minggu di sini, terlalu banyak yang dikagumi. dulunya asyik memandang rendah kepada penjawat awam, namun ianya bukan di sini. penangan mesyuarat pada waktu malam sehingga dinihari, boss yang sangat dinamik dan pasukan yang sangat hebat untuk diteladani.
semoga aku dapat menghabiskan assignment di sini yang dijadualkan selama dua tahun dan semoga aku terus mendapat kesejahteraan dan lindungan Allah dalam pada menumpang ditempat yang terlalu asing pada permulaannya.
salam dari kota iskandar untuk para pembaca yang budiman.
Bebelan….