Dalam sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang cuba untuk ‘mengangkat bakul’ masing-masing.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

 

Jam 1 tengah hari … selepas ambik 2 budak kecik (Irdina 6yrs dan Ikhwan4yrs) dari sekolah tadika

 

” Ummi…. tadi kat sekolah Ikhwan main dalam kelas” .. hhhh Ummi tersengih jer …

” Tapi Ummi tak boleh marah sebab Cikgu dah cubit Ikhwan sebab main dalam kelas”.  Sambung Ikhwan

Ummi : masih lagi tersengih …

 

Nota : Cerita benar seperti yg diceritakan kepada Baba-nya oleh Ummi sambil tersengih-sengih..

 

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”

Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.

Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.

Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.

Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”

Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.

Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.

Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.

“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”

Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!

Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

 

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata,
“Sayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor.”

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga ianya benar – benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh kakitangan TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Kakitangan TNB tu pun berkata.
” Ini rumah Mr Leong ker?”
“iya, saya ni isterinya. ada apa encik”,
balas isteri Mr Leong

Kakitangan TNB tu pun menambah seraya berkata,
“Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah.”

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap kakitangan TNB tu.
” APA..!!!!! ??? Macam mana pulak encik tahu yang saya ni sebulan lewat???”

Kakitangan TNB tu pun dengan selamba menjawab
“ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online”

Kata – kata pegawai TNB itu membuatkan si isteri tu lagi terkejut.
“APAAA???? Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? “

Kakitangan TNB tu pun cuba mententeramkan keadaan
” Rileks puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan”

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata,
“nanti saya bincang dengan suami saya..”
Lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokkan harinya, selepas si Mr Leong ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yang ramai di situ,dia pun memekik seraya berkata
“Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh – heboh ke dalam internet. awak ni semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yang datang kerumah si Mr Leong ni berdiri dan mententeramkan keadaan.
“sabar encik, sabar encik… Apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je…”
kata-kata pegawai TNB tu membuat kan si Mr Leong naik berang.

“APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh….”

Lalu pegawai TNB tu pun cakap
” kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya……. ….

Si Mr Leong  mencelah
” apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap
” nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA

………………………

 

Cerita 1:

Sembahyang tak susah, ikut je apa imam buat” pesan imam.

Allahu akhbar.

Tiba-tiba imam gatal telinga. Garu telinga.

Makmum pun semua garu telinga.

Imam gatal tekak, terbatuk la imam.

Makmum pun turut batuk-batuk.

Nak jadi cerita, lipas lalu atas kaki imam. Imam pun hentakkan kaki, nak halau lipas.

Makmum pun masing-masing hentakkan kaki.

Selesai sembahyang, lalu seorang makmum bertanya imam,

“Imam, tadi takpa ke saya tak hentak kaki, sebab kaki saya naik puru….”

Cerita 2.

Imam baca ayat Quran dengan begitu lantang dan merdu, tetapi tiba-tiba tersalah baca….

Lalu makmum di belakang imam tegur,

“Salah tu mam….bukan macam tu”

Makmum di sebelah mencelah,

“Betul…betul…betul….”

Makmum yang lain menyampuk,

“Woi, dalam sembahyang mana boleh cakap, batal !”

Bersuara makmum lain,

“Nasib baik aku tak cakap”

Yang lain menyampuk,

“Cakap jugak tu”

Lagi makmum bersuara,

“Batal semua, aku sorang tak….”

Makmum yang dari tadi diam pun bersuara jugak,

“Bukan macam tu cara tegur imam daa…..”

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha