Kesibukan yang sediaada menambah lagi minggu ini dengan aktiviti berpindah pejabat ke tempat sementara untuk paling lama 6 bulan di tahun ini. Jabatan kitorang akan berpindah ke suatu pejabat sementara menantikan projek menambahbaikan ruang pejabat asal yang juga akan laksanakan oleh aku juga pada tahun kewangan ini. Debaran menantikan ‘kembar’ tidaklah segalak yang disangka kerana kesibukan projek mega aku yang perlu dihabiskan jugak tahun kewangan ini untuk membolehkan aku berpindah pejabat dalam ertikata yang sebenar.
Oleh kerana aku antara orang yang betanggungjawab dalam soal migration office ini, maka bolehlah aku memilih tempat yang agak selesa bertepatan dengan ‘style’ aku bekerja. Ditambah dengan ruang pejabat sementara yang sempit, ia membuatkan aku semakin tidak selesa sebenarnya, namum aku redha dan lebih bersemangat untuk menyiapkan office lebih awal untuk kegunaan aku dan rakan sepejabat yang lain.
—————————
Dan hari ini seperti biasa hari minggu akan dipenuhi dengan projek landskap dan tanaman kecil-kecilan bagi menghijaukan sedikit persekitan rumah aku ni. Hujan renyai-renyai sedikit membantutkan, tetapi aku tahu komitmen yang mendatang lebih tegar menyebabkan aku bertekad untuk menyiapkan segalanya pada hari ini. Apatah lagi yang besok telah dikhaskan untuk appointment dengan O&G di Kuantan Medical Centre dan sudah tentulah kitorang akan seharian di sana nanti.
Sampai ketemu lagi..
Follow me on Twitter
Bebelan….