The Federal Government will pay compassionate fund in the form of development programmes to Kelantan for its oil starting next year, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. This is morale booster for Kelantan and will be a proof – point that the oil is in Kelantan Territory  or area .   Eventhough the word of Compassionate Fund or WANG EHSAN is a little bit low note , but then the most important is the fund will be tasted by Kelantanese.

And kudos to Kelantan Goverment who mastermined the called for Federal Goverment to return back the ‘HAK’ of Rakyat Kelantan.

Note : This could be an additional morale booster for Kelantan Team in Malaysia Cup Final this weekend against Negeri Sembilan.

 

PAS retained the Manik Urai state seat in Kelantan after its candidate Mohd Fauzi Abdullah defeated Barisan Nasional’s Tuan Aziz Tuan Mat with a majority vote of 65, in a by-election Tuesday. Mohd Fauzi, 50, polled 5,348 votes while Tuan Aziz , 39, obtained 5,283 votes.

 

Antara dua opsyen di atas, yang mana satu idaman anda?

Pada saya ianya senang sahaja iaitu Renjuna nak kedua-duanya. Namun begitu, para pengundi di Manek Urai diberi dua pilihan iaitu kalau nak jambatan baru (anggaran nilainya ialah 7 juta)  menghubungi Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama, mereka hendaklah mengundi Barisan Nasional. Tetapi PAS pula dengan perjuangan untuk menuntut Royalti MInyak daripada Kerajaan Persekutuan (bernilai 1 Billion RM).

Inilah dunia politik Malaysia hari ini. Penuh dengan cerita yang memberikan talian hayat yang tak putus-putus kepada agensi-agensi berita samada bertauliah atau tak.

Berbalik pula kepada Manik Urai tadi. Cerita BN semacam berbau rasuah politik secara diam dengan menjanjikan sesuatu yang baik tetapi di pengakhiran ayatnya masih ada ‘tetapi’ atau dengan syarat memangkah BN dalam pilihanraya kecil esok 14 Julai 2009. Sayugia diingatkan, sebenarnya politik sebegitu bukanlah sesuatu yang baru di Kelantan kerana janji kerajaan dan janji parti politik sudah lama dimengertikan oleh rakyat Kelantan. Contohnya ialah Jambatan kedua selari dengan Jambatan Sultan Yahya Petra yang Renjuna melaluinya apabila pulang ke Kg Sri Renjuna masih lagi di tahap kurang dari 5 peratus progres pembangunannya. Jadi boleh lah dibayangkan apa yang akan terjadi dengan Jambatan baru dua lorong di Manek Urai ini nanti.

Persoalan di sini sebenarnya ialah HAK. Sepertimana hak rakyat untuk mengundi, kerajaan juga ada hak dan tanggungjawabnya untuk membangunkan infrastruktur kepada rakyat dan salah satunya ialah Jambatan Manek Urai tersebut yang pada pendapat Renjuna tak perlulah menunggu pilihanraya untuk dipersoalkan ‘feasibiliti’ nya. Kerajaan patut membinanya lama dahulu. Begitu juga prasarana-prasarana yang lain. Ianya patut didahulukan bagi memberi faedah kepada rakyat.

Begitu juga Royalti Minyak, walaupun ada berjuta alasan menidakkan HAK Kelantan atau memenangkan HAK Kerajaan Persekutuan. ianya pasti terungkai jua. Kalau bukan hari ni, sudah pasti esok atau esok atau esok esok kerana itulah sebenar janji-Nya. Yang benar tetap akan benar dan antara HAK dan BATHIL pasti akan terungkai juga. Tak payah menunggu pilihanraya atau tak payah menunggu YB mana pula akan mengadap Ilahi nanti, semuanya akan jelas.

Jadi 14 hb Julai 2009… suatu penentu kepada Manek Urai, suatu percaturan kepada TG Hj N Aziz dan TPM kita yang berkempen melebihi calon-calon yang akan bertanding dan juga tak dilupakan akan menjadi satu penyudah antara ‘PEGAWAI KESEDAR’ dan ‘PERAIH IKAN’.

sekilas pandang… ianya akan kembali ke nostalgia lama

BAGI GULA … KACAA (kacau)

BAGI KAIN … PAKAA (pakai)

BAGI BERAS …. TANAK

TAIN (time) NGUNDI…  please tolonglah buang jauh-jauh, muka yang menyemak…

Nota buku lali :-

  • selamat keluar mengundi kepada warga Manek Urai dan tahniah kepada kerajaan Kelantan yang memberikan cuti satu hari besok kepada rakyat Kelantan sebagai cuti peristiwa.
  • (SPR; kenapa anda menjadikan hari bekerja sebagai hari pengundian…… #$^%^%$&^%*&****)

 

Menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, pengeluaran petroleum di perairan Kelantan ialah sebanyak RM2.5 bilion setahun. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, menurut laporan Jabatan Perangkaan tersebut, Kelantan antara negeri yang disenaraikan sebagai pengeluar petroleum sejak 2004 dan sepatutnya turut mendapat royalti seperti Sabah, Sarawak dan Terengganu. Tahun 2009 merupakan tahun keenam kerajaan pusat tidak membayar royalti kepada kerajaan dan rakyat Kelantan sedangkan hasil yang diperolehi setiap tahun bernilai antara RM2.5 hingga RM2.7 bilion. Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat sebagai royalti minyak yang tertunggak sejak tahun 2004. (sumber)

Isu ini nampaknya menunjukkan lagi ketidakadilan dalam pemberian royalti hasil petroleum kerana tiga negeri iaitu, Terengganu, Sabah dan Sarawak menerima bayaran masing-masing yang patut dinikmati semua rakyat. Sekiranya permintaan Kerajaan Kelantan untuk royalti tidak diperkenankan oleh Kerajaan Persekutuan, ini membelakangkan konsep 1Malaysia yang sibuk di war-warkan sekarang kerana menurut konsep tersebut, keutamaan rakyat akan diutamakan tanpa ada batasan kaum, parti politik dan sosio ekonomi penduduk dan yang paling penting, pertanyaan antara hak-hak di hari pembalasan kelak lebih pedih akibatnya sekiranya ia menafikan hak yang sepatutnya.

 

Al-Fatihah…

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manik Urai yang mewakili PAS, Haji Ismail bin Yaacob, 60 meninggal dunia selepas subuh sebentar tadi (22.5.2009) . Haji Ismail dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya (penyakit gout, kencing manis) sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Menurut laporan beliau akan dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini. Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Paksu Wel antara Adun yang paling lama di Kelantan. Beliau memenangi Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 1986. Sehingga sekarang beliau sudah lima penggal mewakili Dun berkenaan.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak bertanding dan Dun Manek Urai diwakili Ustaz Zamzuri Mat Lazim, Tetapi tewas kepada calon BN.

Sumber : Harakah

Visitors Since June 2008

© 2011 A Particle of Boredom Suffusion theme by Sayontan Sinha