Dalam kesibukan duniawi, aku hampir alpa (kurang cakna) yang pilihanraya kecik Sarawak akan berlangsung kurang 72 jam daripada sekarang. Memang kita selalu diperkuda atau didedahkan sebegini. Saudara yang jauh selalu dilupakan. Sahabat di seberang jarang diambil perhatian.
Sementelah itu juga, aku sering ‘diganggu’ dan ‘terganggu’ dengan jelekan kenapa kaitkan agama dalam berpolitik dan lebih-lebih lagi slogan yang dangkal menyatakan ‘ Yang Politik Berlandaskan Agama harus ditolak’. Tambah aneh, pengucapan dan semboyan ini dilakukan oleh saudara seagama dan oleh mereka yang telah lama makan garam dari kita yang masih mentah ini. Ia juga sering dimainkan oleh mereka yang berpendidikan tinggi yang pada aku lebih layak menilai yang mana yang hak dan yang mana yang bathil.
Akal yang mungkin lemah ini selalu mengingati yang frasa ‘ Islam ialah Ad-Deen’ atau Islam ialah cara hidup. Oleh sebab itulah antara slogan yang selalu diagungkan ialah ‘Islam is the way of life’. Kita sering nampak benda ini di mana-mana dan mungkin tempat yang paling tersohor ialah ‘windscreen’ belakang sesebuah kereta. Sungguh senang untuk menampal di belakang kereta tetapi perangai si pemandu yang pernah aku jumpa ialah selalu memotong ‘queue’ kenderaan lain (sungguh kontra dengan apa yang ingin diperkatakan kepada pemandu dibelakang melalui sticker yang ditampal).
Berbalik kepada isu tadi, politik ialah satu cara hidup dan oleh sebab yang demikian, maka ianya hendaklah berlandaskan Islam dan perjuangan yang sepatutnya ialah perjuangan ke arah memartabatkan hukum Allah. Kita sebenarnya sering didedahkan oleh Islam yang tidak boleh dicampur dengan politik. Ada yang lebih jahil lagi, setiap kali berbicara tentang islam dan politik, maka non-muslim ditakutkan dengan hukum hudud. Sedangkan hukum hudud ialah satu cabang kecil dalam kehidupan islam. Contoh yang paling popular sekarang ialah sistem muamalat islam. Satu dunia cuba mendalaminya setelah kemusnahan sistem kewangan konvensional (eg : madoff, sub-prime etc).
Kedudukan ranking manusia terulung dalam buku Most Influential Persons in History oleh Michael H. Hart telah menunjukkan bukti yang nyata. Pemilihan Rasulullah SAW ditempat yang pertama membuktikan politik dan Islam tidak dapat dipisahkan. Dalam ulasannya, Micheal H. Hart membahaskan yang Nabi kita dipilih sebagai manusia terulung kerana kehidupan dan kepimpinannya meliputi semua benda kehidupan dan tidak seperti tokoh-tokoh yang lain. Sistem politik Islam di Madinah telah berjalan seiring dengan konsep kepimpinan Islam dan Sistem Tatacara Kehidupan Islam yang lain.
Masalah di negara kita sekarang ialah politik tidak berlandaskan Islam. Ya … itu sahaja permasalahannya.
Jika perkara sedemikian tidak dititik-beratkan, maka jadilah isu politik dan kroni, isu politik wang, isu politik cah keting, isu politik perkauman, isu politik gender, isu politik untuk duit dan segala macam isu yang merencatkan kemajuan negara kita. Lebih runsing lain, isu politik sekarang dimainkan setiap jam dan setiap hari antara setiap sesi pilihanraya dijalankan. Lebih malang lagi yang kaya bertambah kaya dan yang miskin semakin papa akibat politik yang memenatkan ini. Hasil terjahan politik kotor ini, maka ada segolongan yang amat bencikan politik, dan ini sebenarnya lagi merbahaya. Mereka ini akibat kebusukan politik, tidak mahu membuang undi dan hasilnya, keagungan Islam tidak dapat ditegakkan akibat kekurangan undi.
Jadi kepada pembaca semuanya, jadilah manusia yang peka kepada alam sekeliling dan jangan takut untuk berpolitik. Kita mesti tahu perkara yang berkisar disekeliling kita. Tujuan kita hanyalah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Apatah lagi akibat kita yang tidak mahu mengundi, hukum Allah tidak dapat ditegakkan akibat kekurangan undi. Nauzubillah.
Berbalik kepada kisah politik dan kroni.
Kisah yang menarik untuk diperhalusi.
Sarawak Report telah tersaji untuk dikhatamkan.
Bacalah dengan hati yang terbuka dan mintalah pedoman dari Sang Pencipta. Mudah-mudahan hati kalian lebih tertarik untuk mengetahui tentang politik dan sama-sama memangkah untuk kedaulatan Islam.
InsyaAllah

Follow me on Twitter
Bebelan….